Saturday, March 21, 2009

cerita tentang orang2 malaysia..,

Apakah hobi terbaru rakyat Malaysia?

Sudah tentu bukan membaca,
Sebab perpustakaan lengang sentiasa,
Kalau adapun baca novel cinta,
Atau baca Mangga dan Mastika,
Bacaan ringan yang merosak minda..

Habis apa dia hobi mereka?

Dulu asyik bela ayam serama,
Bagus juga sayang makhluk YANG MAHA ESA,
Sanggup mandikan begitu punya jaga,
Selain ayam ikan pun depa bela,
Ikan lohan dan juga arowana,
Sanggup guna duit gaji kerja lebih masa,
Sekarang ni pancing udang pula,
Bukan di sungai tapi kolam buatan manusia,
Buat kolam di rumah kedai yang disewa,
Gila sungguh tak dak kerja..

Hobi terbaru ialah main SMS pula,
Setahun dianggarkan 1000 juta,
Dari reality show hingga mgumpat mengata,
Keluar habis cerita panjang berjela,
Dari joke hingga palsu punya cerita,
Dari I love you hingga cerai talak tiga,
Selain dari ucap besday dan Hari Raya,
Judi pun pakai khidmat SMS juga,
Tidak kira di mana-mana
Atas LRT dan juga tempat kerja,
Untunglah syarikat telekomunikasi kita,
Boleh taja EPL dan Piala Dunia,
Dengan CELCOM anda berkuasa,
Asalkan jangan taksub besar kepala..

Yang si mat rempit lain pula,
Race motor tengah malam buta,
Hadiah pertama sicantik jelita,
Sanggup tunjuk skill korban nyawa,
Jangan sekali dok tegur mereka,
Nanti pecah habis cermin kereta,
Malaysia Boleh itu dia cogankata,
Polis pun tak boleh buat apa,
Pening dengan mat rempit punya gejala..

Lain pula hobi motor golongan berada,
Yang tu naik konvoi pergi merata-rata,
Dari KL naik motor konvoi ke utara,
Bukan apa cuma nak pi makan laksa utara,
Apakah bodoh itu namanya,
Atau buat konvoi sempena merdeka,
Kita tanya apa tujuan mereka,
Keseronokan yeh yeh sorak gembira,
Padahal xsedar yang diri tue dah tua,
Masih pk yang diri tu masih muda,
Arghhh inilah namanya dunia,

Apa hobi anda?
Kumpul setem, memancing atau tonton telenovela80%,
remaja jawab dengar radio dan tonton tv la,
Sebab tu meningkat pendapatan MediaPrima,
Hot FM yang lebih hangat daripadabiasa,
Dengar celoteh dan merepek FarahFawzana,
Tak dak slot khas motivasi agama,
Sebab yang tu orang tak berapa suka,
Benda yang perlu berfikir atau guna minda,
Sebab tu di pasaran antarabangsa,
Otak orang Melayu tinggi harganya,
Tau sebab ape??
Haa,
Dok berkilat dan cantik sebab jarang guna..

So apa hobi anda???