Friday, November 25, 2011

READ...!!!!

بسم الله الرحمن الرحيم


the voice said to HIM..
"Read"
read in the name of thy lord who created
created of humankind from an embryo..."

"...READ"

for your lord is most generous
he tought humanity by the pen(kalam)
Tought it,
that which it knew not..."


The voice said...,

MUHAMMAD..!!
i'am Gebriel,
and YOU are the Messenger of GOD..|

أشهد أن لا إله إلا الله و أشهد أن محمد رسول الله

O my LORD..!!!

~O my LORD.., send peace and blessing upon your BELOVED (pbuh). the best of all CREATION..

MUHAMMAD(pbuh), is the prince of this world and the HEREAFTER
and of MEN and JINN, arabs and non-arabs
Nothing Deterred YOU, no defeat and no LOST..
Until this community of ISLAM was set among the STARS.,

~O my LORD.., send peace and blessing upon your BELOVED (pbuh). the best of all CREATION..


oh beloved of GOD, messenger of GOD, IMAM of the prophets.,
your journeyed from one sanctuary by night to another sanctuary,
as the full moon travels through intense DARKNESS.,
and you kept accending until you reached a POSITION,


AT A DISTANCE of TWO CUBITS
as had never been attain nor has been sought

epi niu yer.., 1433

HIJRAH
aku takdak point nk tulih apa..., celaru akai aku la ni.., x pa aih...,
srupa biasa la.., tahun baru tiba.., ucap slamat tahun baru la...

macam biasa.., tahun baru benda baru.. azam baru.., hijrah dari yang bayk pada yang lebih bayk..

diantara perkara yg aku nak buat..

~potong rambut pendek.., nak pesyen orang muda skit la aih..,wat pacak ropa 'bek kam'
baru la ensem..,
~ aku nak cari duyk banyok2.., nak realisasi kan inpyan aku yang aku tanam lapaih aku balik dari sana "tempat suma orang nak gi" nak pi skali lagi la ni.., ahai...,
~ aku taknak cari p'puan layn lgi dh.., yg dok ada la ni aku pilih nk jdi istri.., takdak layn dah.., dia saja yg layak..
~banyok aih.., aku nak buat.., takut tak dan PULA.. buat satu satu la.., ha

yg sbena dia ni la point nya..,
MENCUBA MENJADI YANG LEBIH BAIK DARIPADA YANG BAIK...
jadi MUSLIMIN yang sejati.. :-)

akhir kata..


selamat menyambut maal hijrah 1433

Thursday, November 17, 2011

cerita jumaat lagi...

bukan aku, mungkin semua lelaki sukakan hari jumaat yang berkat..,

macam biasa.., solat jumaat aku dijalani dengan sempurna..., disebalik apa yang nyata..
ada cerita di hari mulia, bila aku mendengar cerita(pengajian)sepulang dr solat jumaat..,

tadi aku mengaji sebentar ber sama kiai maharnis(ayah) , banyak pengajian di bentang...., tentang hidup, kerjaya, perniagaan dan CINTA yang berkait dengan hidup aku..,

sekali lagi jumaat aku penuh bermakna.., bak kata 'kiai haji abdul majid hasyim' .., kalau ahli sufi ni tak banyak membuka kitab ketika mengajar tapi mengajar dalam cerita.., dan dari cerita tersirat seribu makna pelajaran.., tinggal lagi manusia(kita) memahami apa yang tersirat di sebalik tersurat cerita.., di mana ILMU semata-mata..

Alhamdulillah TUHAN..., aku di beri payung 2 mengembang yang melekat dengan aku untuk menebar pengajian...,

CINTA ye Cinta., salah satu subjek utama.., pengajian tadi..
Hablum Minallah wa Hablum Minannas..!!

dua subjek yang berjela2 cerita dan makna..hari ni aku bercerita tentang CINTA..,

manusia tak kan lari dengan
~harapan(memerlukan) dan risau (gundah)
~CINTA dan CEMBURU.....

berkait rapat nya dua perkara ini bagaikan tiada pemisah.., jika tiada dua element ini..,
bisalah disamakan...

SUP tampa GARAM..., aha..., bisa2 saja anda2 semua bayang kan..bagaimanalah rasanya..

1)hablum minan nas..,(hubungan dengan manusia)
diringkaskan lah di konklud(sekalikan) diantara hidup, kerjaya(perniagaan) dan CINTA..

diantaranya tersebut oleh kiai.., bersangka baik lah kamu wahai umatku(rasullullah s.a.w) terhadap sesama manusia..kitika berbicara berkatalah seumpama di bibirmu ada ladang tebu
maka kita disuruh perbaiki hubungan kita sesama manusia..., bicara yang elok2 sesama manusia orang tua, rakan kawan,mahupun pasangan(kekasih)
[tak usah lah di perjelas berjela2 sebab mungkin semua sudah tahu apa semua nya itu]

2)hablum minallah (hubungan dengan Allah s.w.t)
mendekat kan diri pada nya, tauhid kan nya.., bicara yang manis iaitu., doa dan zikir...
untuk mengerat kan lagi hubungan dengan manusia.., terharus lah di perkait rapad kan dengan hubungan dengan ALLAH...,

diantara kedua2 pokok pangkal ini.., maka wujudlah harapan dan gundah, cinta dan cemburu..

terpulang kepada setiap individu bagaimana dia menjalani hidup nya yang tak kan lari dari cinta dan cemburu, gundah dan harapan dimana ia terletak di dalam hubungan antara tuhan dan sesama manusia..

:-) .., fajar el-fiqra .

Tuesday, November 15, 2011

sudah jauh saya melangkah..,bila sampai satu saat..,terjawab "tiada kepastian".!!
dalam benak kamu.., keragu-raguan menyelinap di hati kamu..,buntu tampa sebab,

apa lah guna karang cerita berjela2.., kalau tiada penyudah nya?

apa tiada nilai harga diri saya?..,
apa tiada sedikit rasa percaya pada saya?
apa tiada penyelesaian yang terbaik?
apa tiada lagi harapan?
siapa saya?. siapa saya?. siapa saya?

sudah dikatakan.., kalu ya katakan ya sedari mula.., jangan katakan ya di bibir tapi hati menidakkan nya.., lebih sulit untuk memahami kalau hati kata ya tapi di bibir kata tidak..

JANGAN lakukan ini pada saya lagi.., cuma beri jawapan pasti...,
apalah guna saya serta dalam kamu punya famili..,
apa guna saya bermesra dengan kamu punya famili
apalah guna saya menyampaikan hasrat hati pada famili ..,

saya tak pernah menitik kan air mata lelaki saya tampa sebab.. selain dari kebesaran TUHAN
dan hal-hal keluarga,.., tapi tidak dengan kamu...

kamu dah menjatuh kan air mata SAYA..., kamu dah luluh kan hati saya..,
kamu wanita pertama yang berjaya menjatuh kan air mata saya
kamu buat saya merasa apa yang saya lakukan ni hanya sia-sia..,,

besar harapan saya.., setinggi menggunung tinggi nya..,
dengan perlakuan akmu yang tak menenti tampa sebab dan tujuan nya..
harapan menggunung saya kamu roboh kan sekelip mata..,

........................................................................................................................................................................


saya cuba pertahan kan ego saya.., jika di ikut kan kata hati.., saya memang ingin menghabis kan semua cerita ini.., hanya kerana tiada jalan yan pasti kamu beri...

tapi saya masih sayang kan hubungan kita ini.., masih terselit perasaan di hati ingin menyunting kamu sebagai ISTERI satu hari nanti.., jika ada penyelesaian masalah ini.., bersama kita lewati...
sama-sama kita baiki.., HUBUNGI saya sekiranya kamu sudah bersedia ingin bersama LAGI..,

saya lakukan ini ini semua kerana..

kamu wanita pertama yang datang dalam hidup saya sebagai penyeri..
kamu wanita pertama yang datang dalam hidup saya yang saya pilih sebagai calon isteri..

saya sayang kamu....


~ABANG~


maaf kan abang jika kata2 abang ada yang dah menyakit kan hati kamu..,
jika ada tersilap dari kamu.., abang tak masuk kan ke dalam hati.., maaf pada kamu sudah pun abang beri.., jangan cerita kita menjadi satu kisah yang tak sempurna..

Monday, November 14, 2011

info kaabah

Kisah Ka'abah yang tidak ramai ketahui...

Sedikit maklumat berkaitan Kaabah...
...
1. Mekah adalah kawasan yang mempunyai graviti paling stabil.

2. Tekanan gravitinya tinggi, dan di situlah berpusatnya bunyi-bunyian yang membina yang tidak boleh didengar oleh telinga.

3. tekanan graviti yang tinggi memberi kesan langsung kepada sistem imun badan untuk bertindak sebagai pertahanan daripada segala serangan penyakit.

4. graviti tinggi = elektron ion negatif yang berkumpul di situ tinggi=doa akan termakbul kerana di situ adalah tempat gema atau ruang dan masa serentak.

5. Apa yang diniatkan di hati adalah gema yang tidak boleh didengar tetapi boleh dikesan frekuensinya. Pengaruh elektron menyebabkan kekuatan dalaman kembali tinggi, penuh bersemangat untuk melakukan ibadat, tidak ada sifat putus asa, mahu terus hidup, penyerahan diri sepenuhnya kepada Allah.

6. Gelombang radio tidak boleh mengesan kedudukan Kaabah.

7. Malah teknologi satelit pun tidak boleh meneropong apa yang ada di dalam Kaabah. Frekuensi radio tidak mungkin dapat membaca apa-apa yang ada di dalam Kaabah kerana tekanan graviti yang tinggi.

8. Tempat yang paling tinggi tekanan gravitinya, mempunyai kandungan garam dan aliran anak sungai di bawah tanah yang banyak. Sebab itu lah jika bersembahyang di Masjidilharam walaupun di tempat yang terbuka tanpa bumbung masih terasa sejuk.

9. Kaabah bukan sekadar bangunan hitam empat persegi tetapi satu tempat yang ajaib kerana di situ pemusatan tenaga, graviti, zon magnetisme sifar dan tempat yang paling dirahmati.

10. Tidur dengan posisi menghadap Kaabah secara automatik otak tengah akan terangsang sangat aktif hingga tulang belakang dan menghasilkan sel darah.

11. Pergerakan mengelilingi Kaabah arah lawan jam memberikan tenaga hayat secara semula jadi daripada alam semesta. semua yang ada di alam ini bergerak mengikut lawan jam, Allah telah tentukan hukumnya begitu.

12. Peredaran darah atau apa saja di dalam tubuh manusia mengikut lawan jam. Justeru dengan mengelilingi Ka abah mengikut lawan jam, bermakna peredaran darah di dalam badan meningkat dan sudah tentunya akan menambahkan tenaga. Sebab itulah orang yang berada di Mekah sentiasa bertenaga, sihat dan panjang umur.

13. Manakala bilangan tujuh itu adalah simbolik kepada tidak terhingga banyaknya. Angka tujuh itu membawa maksud tidak terhad atau terlalu banyak. Dengan melakukan tujuh kali pusingan sebenarnya kita mendapat ibadat yang tidak terhad jumlahnya.

14. Larangan memakai topi, songkok atau menutup kepala kerana rambut dan bulu roma(lelaki) adalah ibarat antena untuk menerima gelombang yang baik yang dipancarkan terus dari Kaabah. Sebab itu lah selepas melakukan haji kita seperti dilahirkan semula sebagai manusia baru kerana segala yang buruk telah ditarik keluar dan digantikan dengan nur atau cahaya yang baru.

15. Selepas selesai semua itu baru lah bercukur atau tahalul. Tujuannya untuk melepaskan diri daripada pantang larang dalam ihram. Namun rahsia di sebaliknya adalah untuk membersihkan antena atau reseptor kita dari segala kekotoran supaya hanya gelombang yang baik saja akan diterima oleh tubuh.


Sesungguhnya hanya Allah Yang Maha Mengetahui

dont smile fajar.., dont smile..

please dont smile in front of me..

your sorrow smile make me hurt..

please just crying or yelling or do something,but not smiling!!!

if you have something to say,just say it loudly,let the world know what you want..

if you have to cry,,just cry..

dont smile…

ya~

dont look at me with that smile…

people can hurt,,people will cry..

dont hide what you feel..

Thursday, November 10, 2011

Lama sudah aku menanggung RINDU..

Lama sudah aku menanggung rindu;
Wahai cahaya alam yang indah !
Serta aku menyeru, wahai nabi !
Wahai punca ilmu yang pemurah !

Impianku setinggi-tinggi cita-cita;
Moga diberikan tuah dapat melihatmu;
Juga melihat Bab al Salam (di Masjid Nabawi);
Wahai sesuci-suci insan!

Wahai hiasan dunia ini!
Aku amat cinta dan rindu padamu;
Hanya pujian menjadi persembahanku;
Wahai bulan mengambang penuh!

Jauhkanlah segala penghalangku daripadamu;
Yang kupendam hanya kerinduan terhadapmu;
Padamu aku bersangka baik;
Wahai yang benar pada janjinya!

Wahai pelita sekalian Rasul!
Wahai insan yang mempunyai setinggi-tinggi kedudukan!
Wahai Imam orang-orang yang bertaqwa!
Sesungguhnya hatiku terpaut padamu.


Ke atasmu, moga Allah mencurahkan rahmat;
Tuhanku Yang Mempunyai Keagungan;
Cukuplah, wahai Cahaya Bulan!;
Sesungguhnya perpisahanku denganmu telah terlalu lama.

Saturday, November 5, 2011

TALBIYAH.....


لَبَّيْكَ اللَّهُمَّ لَبَّيْكَ، لَبَّيْكَ لاَ شَرِيْكَ لَكَ لَبَّيْكَ، إِنَّ الْحَمْدَ وَالنِّعْمَةَ لَكَ وَالْمُلْكَ لاَشَرِيْكَ لَكَ







Here I am at Thy service O Lord, here I am. Here I am at Thy service and Thou hast no partners. Thine alone is All Praise and All Bounty, and Thine alone is The Sovereignty. Thou hast no partners."

"Hamba-Mu datang menyahut panggilan- Mu, Ya Allah hamba-Mu datang menyahut panggilan-Mu. Hamba-Mu datang menyahut panggilan-Mu Tuhan yang tidak ada sekutu bagi-Mu. Hamba datang menyahut panggilan-Mu. Sesungguhnya segala pujian dan ni'kmat serta kerajaan adalah kepunyaan-Mu, tidak ada sekutu bagi-Mu".

semua nya pada yang maha kuasa...

Sungguh abang adalah manusia biasa yang tak lari dari kesilapan.., tapi pada tuhan lah abang memohon keampunan , pada tuhan lah abang mengadukan....

'dia' yang maha satu.., tiada dua nya.., kerana 'nya' abang hidup, kepadanya abang kembali..,
daripada nya jugalah kita menjalin ikatan ini.., ketentuan nyalah kita bertemu dan saling mengenali...,

sungguh 'Dia' yang maha mengetahui..,

Moga dipanjang kan hubungan ini.., jika TETAP lah dalam persuratan ilahi di lauh mahfuz..,
kita menjalani hari-hari kemudian..,
dalam "doa" abang telah berjanji.., dengan ketentuan dan izin ILAHI...

"Ani' kan "Uda" bawa ke tempat suci ini..,
sama-sama kitra ziarahi., bersama kita mengerja kan HAJI..




dan melaung kan tak bir raya seperti ini...




sama sama kita realisasi kan ini......

Takbir...!!!!

Allah Maha Besar,
Allah Maha Besar,
Allah Maha Besar,

Tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Allah dan Allah Maha Besar,
Allah Maha Besar dan segala puji-pujian hanya layak bagi Allah.

Allah Maha Besar Yang Teramat Besar, Segala Puji bagi Allah Yang Teramat Banyak,
Maha suci Allah pada waktu pagi dan petang,

Tiada Tuhan melainkan Allah, dan Tidak ada lain yang kami sembah melainkan Dia,
Kami ikhlas kepadaNya (mengikuti ajaran agama Islam) sekalipun dibenci oleh orang-orang kafir,

Tiada Tuhan melainkan Allah Yang Tunggal, Yang Menepati janjiNya, Yang Menolong hambaNya, Dan Yang Memuliakan tenteraNya dalam mengalahkan tentera al-Ahzab dengan sendiri (KekuasaanNya),

Tidak ada Tuhan melainkan Allah dan Allah Maha Besar,
Allah Maha Besar dan segala puji-pujian hanya bagi Allah.

Wednesday, November 2, 2011

ada apa dengan ... JIKA

Jika kamu memancing ikan...... Setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu... Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saja.. Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu & mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup.

Begitulah juga...setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang... Setelah ia mulai MENYAYANGIMU, hendaklah kamu MENJAGA hatinya... Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja... Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu, & mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu...

Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya & janganlah menganggap ia begitu teguh...cukuplah sekadar keperluanmu... Apabila sekali ia retak...tentu sukar untuk kamu menambalnya semula... Akhirnya ia dibuang... Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya, mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi...

Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya... Janganlah kamu terlalu mengaguminya & janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa... Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN, bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya... Akhirnya kamu KECEWA & meninggalkannya. Sedangkan, jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya....

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi, yang kamu pasti baik untuk dirimu... Mengenyangkan - Berkhasiat. Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain..?? Terlalu ingin mengejar kelazatan... KELAK.. Nasi itu akan basi & kamu tidak boleh memakannya... Lalu kamu akan menyesal.

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan, yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu. MENYAYANGIMU.. MENGASIHIMU... Mengapa kamu berlengah, cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain..?? Terlalu mengejar kesempurnaan... KELAK.. Kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain... Lalu kamu juga yang akan MENYESAL...!!