Thursday, July 31, 2014

PERHATIAN.....!!!


ANDA SEDAR KAH BAHAWA APABILA ANDA MEMASUKI RUANGAN BLOG SAYA ANDA TELAH DIDAFTAR SECARA TIDAK SENGAJA DI DALAM RUANGAN PELAWAT??

SAYA DAPAT MELIHAT SIAPAKAH ANDA,DIMANA ANDA BERADA DAN PADA WAKTU BILA ANDA MEMASUKINYA..DENGAN MENGGUNAKAN PERISIAN SOFTWARE YG TERKEMUKA SAYA DAPAT MELAKUKAN SEMUANYA DALAM SEKELIP MATA!!!


JADI BERWASPADA LAHH

SAYA TAHU SIAPA ANDA!!!!!!

Monday, July 14, 2014

HUTANG..

Rasulullah saw pernah bersabda yang bermaksud:

"Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu dari dosa dan hutang",
lalu Baginda ditanya,
"Mengapa engkau sering meminta perlindungan dari hutang, wahai Rasulullah?" 

Baginda menjawab
” Jika seseorang berhutang,
bila berbicara ia dusta, bila berjanji ia mengingkari.”

(Hadith riwayat Al-Bukhari, 1/214)

suami yang baik..

Hobi seorang suami
dari membeli barangan dapur
buang sampah , angkat kain jemuran ..
dan bla blaaa...







i tell you ..
berat sama dipikul ..
ringan kau jinijang laa sendiri..

Tujuh "P" Suami Isteri

Tip Tujuh P Suami Isteri

1. PUJI
Setiap pasangan perlu saling memuji antara satu sama lain dalam semua aspek kehidupan seperti masakan atau ucapan terima kasih apabila diberi pertolongan.

2. PELUK
Pasangan suami isteri hendaklah selalu peluk memeluk antara satu sama lain sekerap mungkin pada setiap hari kerana
pelukan itu adalah belaian penuh kasih sayang.

3. PENGHARGAAN
Amalan memberi hadiah boleh menambah kasih sayang.

4. PERHATIAN

Mesti diambil berat kerana kekurangan perhatianboleh mengakibatkan pasangan terasa diabaikan.

5. PERSEFAHAMAN
Memerlukan pasangan lebih bertolak ansur dan memahami kerjaya masing-masing.

6. PERGAULAN
Pasangan suami isteri mesti menjaga pergaulan masing-masing dengan orang lain bagi mengelakkannya daripada melampaui batas, menimbulkan cemburu seterusnya membawa kepada pembabitan orang ketiga.

7. PERCUTIAN
Perlu merancang percutian berdua-duaan dengan pasangannya
di tempat yang jauh daripada kesibukan dan kehidupan rutin.

Sunday, July 13, 2014

apebende nye KHITBAH tu..?

sumber oleh : shahirul.com
artikel oleh : Ustaz Hashim Al-Maranji

KHITBAH..., apa itu nikah khitbah

Secara literalnya, ia membawa maksud “bertunang”. Bertunang menurut adat dan pengamalan orang Melayu adalah perjanjian di antara dua orang insan untuk berkahwin melalui proses ritual tertentu. Definisi itu jugalah yang terdapat dalam pengamalan fiqh klasik dan juga di zaman Rasulullah s.a.w. Definisi ini jugalah yang diamalkan oleh orang-orang Melayu di Malaysia. Malangnya, disebabkan kejahilan masyarakat, hubungan pertunangan yang sekadar perjanjian semata-mata ini, akhirnya dianggap sebagai upacara untuk menghalalkan perhubungan di antara dua pihak yang bertunang. Lebih dahsyat lagi, ada di antara ibu bapa yang menyangkakan bahawa bertunang bermaksud “separuh berkahwin”. Ada pasangan yang bertunang, berpelesiran, berpegangan tangan dan juga bermadu asmara akan cuba menjustifikasikan tindakan tersebut dengan ikatan pertunangan serta mendapat restu ibu bapa kedua-dua belah pihak. Lebih menyedihkan ada yang bertunang kemudian ber’coupling’ berakhir dengan keterlanjuran, kemudian putus dengan pelbagai alasan.
Khitbah menurut pengamalan orang Arab moden, terutamanya di Jordan pula amat berbeza dengan pengamalan orang bertunang secara klasikal dan juga pengamalan orang Melayu. Ia merupakan “akad nikah” dalam erti kata yang sebenar. Akad khitbah di dalam masyarakat arab pada realitinya merupakan akad nikah. Seperkara yang membezakan di antara akad nikah dan khitbah ialah kedua-dua pasangan khitbah tidak tinggal bersama sehinggalah selesai majlis perkahwinan dijalankan. Pada dasarnya, mereka berdua adalah suami isteri dan halal untuk melakukan apa sahaja yang difikirkan untuk mereka melakukannya. Di dalam masyarakat kita, pernikahan tersebut diberikan nama “nikah gantung” (bunyinya amat mengerikan?).
Jika ditukarkan nama “nikah gantung” tersebut kepada “nikah khitbah” tentu konotasi terhadap kontrak tersebut tidaklah mengerikan. Bunyinya pun agak “islamik”. Jika ia dapat diamalkan oleh kebanyakan pemuda pemudi kita hatta yang janda, duda atau yang nak berpoligami serta yang dilanda asmara dan cinta serius berkemungkinan ia boleh menyelesaikan banyak perkara yang mereka hadapi.
Nikah adalah untuk menghalalkan perhubungan dan juga membina kematangan. Yang utamanya, kedua-dua pasangan sudah halal dan sudah boleh bersama dan melakukan apa sahaja. Bunyinya agak mudah, namun realitinya tidak demikian. Sudah pasti ada ibu bapa tidak akan bersetuju. Dalam hal ini, anjakan paradigma oleh para ibu bapa amat diperlukan. Ibu bapa perlu sedar zaman anak-anak mereka kini bukanlah seperti zaman mereka dahulu. Zaman kini fitnahnya berleluasa dan kerosakan moral telah menggila. Lihatlah apa yang berlaku di seluruh tanah air, rasanya pendedahan oleh media massa mengenai aktiviti pengguguran cukup merisaukan banyak pihak. Apakah ibu bapa mengharapkan anak-anak mereka menjadi malaikat yang tidak terpengaruh dengan suasana persekitaran, rancangan-rancangan hiburan dan bahan-bahan literasi menjurus ke arah maksiat dan nafsu.
Sudah sampai waktunya para ibu bapa moden membuat anjakan paradigma. Mereka hendaklah menerima realiti jahiliah moden yang menggila ini. Mereka menghadapi dua jalan penyelesaian, sama ada menerima arus liberal dan sekular yang menghalalkan segala perhubungan bebas di antara dua jantina, dan kemudian mereka yang akan menanggung malu. Atau pilihan kedua, iaitu untuk membenarkan anak-anak mereka menikmati alam percintaan dengan cara yang halal, iaitu melalui ikatan perkahwinan. Walau bagaimanapun, membenarkan anak-anak mereka bernikah di dalam ini adalah satu risiko. Maka di sinilah peranan ibu bapa moden untuk membantu anak-anak mereka mengurangkan risiko tersebut demi menyelamatkan agama dan maruah mereka.
Saya sedang berusaha untuk menghidupkan kembali ‘nikah gantung’ ini dengan panggilan baru iaitu ‘nikah khitbah’, walaupun menghadapi sedikit masalah penerimaan. Ia semata-mata bertujuan untuk mengelakkan perkara maksiat yang boleh berlaku seperti berhubungan melalui telefon (melepas rindu dendam melalui telefon, sms, chatting, facebook, dll), bertemu antara pasangan walaupun ada mahram (tetap akan berlaku bertentang mata dan apa sahaja yang boleh menjadi muqaddimah kepada zina mata, tangan, hati dll.) Saya sendiri bernikah gantung (nikah khitbah) pada 7/7/1979 iaitu 6 bulan sebelum majlis kenduri. Dengan tiket nikah saya tiada masalah untuk menemui isteri atau keluar bersama-sama (ber’couple’) kerana dah disahkan sebagai suami isteri (gantung – sebab tidak duduk serumah) yg lebih menepati khitbah secara Islam. Malah dengan tiket nikah itu membuatkan saya merasai beban amanah sebagai suami meskipun kami tidak serumah sementara menunggu majlis kenduri pada bulan Disember 1979. Saya mahu menjadi ibubapa yg awal pada zaman moden yang penuh kecelaruan dengan menjadikan nikah khitbah dipraktikkan oleh anak-anak saya yang belum berkahwin, insyaAllah doakan!!


kuliah ustadz Azhar Idrus..mengenai khitbah

Istimewa Janggut..

Suruh suami belajanggut...

.Kajian terhadap janggut menyerlahkan satu lagi bukti saintifik
tentang apa yang disunnahkan oleh Nabi kita
sejak lebih seribu tahun dahulu.

Dr Jamnul Azhar Mulkan, seorang doktor perubatan,
pemilik rangkaian klinik juga seorang pendakwah,
dalam satu ceramah, mendedahkan hasil kajian yang
sangat luar biasa mengenai khasiat janggut

Ia bukan tunggul gerigis, bukan penyeri atau penyerabut wajah
tetapi jauh lebih hebat daripada itu
.Menurutnya, kajian oleh saintis dari Massachusetts Institute of Technology, Amerika Syarikat yang berjudul
The Amazing Fact of Human Body
mendapati janggut lelaki mengandungi hormon testosteron
yang amat diperlukan bagi kesuburan wanita.
Ia mampu menstabilkan kitaran haid selain menggalakkan
pertumbuhan telur wanita.

SUBHANALLAH

Caranya bagaimana?



Hanya melalui "SENTUHAN".

Jadi kepada sesiapa yang belum punya anak
kerana ada masalah kesuburan, ataupun jarang anak
dan mahu dirapatkan lagi, mintalah suami simpan janggut,
dan belailah selalu janggut suamimu itu.
Ini sekali gus jadi bukti apa yang disaran oleh Islam sejak zaman silam,
boleh dibuktikan secara saintifik akan hikmah dan kelebihannya.

Wallahualam.







RASULULLAH SUKA TENGOK LELAKI BERJANGGUT WALAU SEHELAI..

Pada Zaman Rasulullah..ada seorang lelaki yg berjanggut 2 helai datang ke masjid dan masa mengambil wuduk..lelaki tersebut memandang Rasulullah..
Rasulullah pun senyum kpd lelaki itu..lelaki itu hairan mungkin
Rasulullah senyum kerana janggut lelaki itu hnya 2 helai didagu.. 
Keesokkan harinya sahabat lelaki tersebut datang kemasjid 
setelah mencukur janggutnya.

Apabila terserempak dengan Rasulullah s.a.w, lelaki itu melemparkan senyuman tetapi Rasulullah tidak memandang langsung kepada
lelaki tersebut… 
Bertambah hairanlah beliau lalu diajukan pertanyaan kepada Baginda…

“Wahai Rasulullah mengapa hari ini kamu tidak senyum kepadaku
seperti sebelum ini? ”
LaluBaginda menjawab” 
Sebelum ini aku nampak malaikat berebut- rebut untuk menadah air wuduk
yang jatuh dari janggutmu tetapi apabila kamu mencukur janggutmu tidak ada lagi malaikat yang menunggu di janggutmu wahai sahabat.."

# Simpan la janggut ye kaum Adam.. its Sunnah right??"
Hasbi Rabbi Jalallah..Maafi QalbiGhairullah..
Nur Muhammad Salallah.. Laa ilaa ha ilallah3x
Muhammadur Rasullullah" .

Sebarkan kepada kawan &saudara mara..
Awak Akan Membuat Beribu , Malah Berjuta-Juta Orang 

Berselawat Ke Atas Nabi Muhammad S.A.W ....

Mulai hari ni isteri2 rajin2 lah belai si suami...
selamat berjanggut dan sebarkan kebaikan.