Sunday, April 10, 2011

cereka : kampung baru di mata aku.,

balik je dari menonton aku terus tulis ulasan ni.., teater KAMPUNG BARU. ni


kampung baru.., seperti yang kita semua tahu.., adalah sebuah kampung di tengah-tengah bandar kuala lumpur.., yang tak habis-habis perundingan nya..,

bagi aku sebenarnya.., teater kampung baru ni bagus.., penulis skrip cuba memberitahu kepada penonton keadaan kampung baru..,dan permasalahan di kampung baru.., TAPI...!!
dari mata aku yang hidup dan membesar di kuala lumpur ni.., penulis (hatta azad khan) teater ini ada mesej yang tersirat..., walaupun cereka.., tapi banyak menyindir..

aku nampak : ada....

~ nesan dan kawan nya jalad (mat kelantan) yang beriya2 benar mempertahan kan kampung baru dari arus pembanggunan, perkara sebenar yata yang dijadikan sindiran, kerana umum di ketahui., pengusaha makanan yang berderetan di kampung baru.., terletak berhampiran dengan masjid kampung baru tu kebanyakan nya adalah orang kelantan.., se-olah2 orang kelantan ni keras kepala, dan penghalang kepada projek pembanggunan.. sebalik nya watak mereka menampak kan kerakusan mereka terhadap material.., kalau nak tanah kena SEWA 100k..

~ haji palawan ketika melakon kan bahagian yang menunjuk kan emosi.., dia menyebut
"kalian tahu tak kita dah 54 tahun merdeka"..., di kira2 pada tahun 2011 mmg dah 54 tahun pun malaysia merdeka.., jadi jika ini adalah cereka.., aku terima tapi ada nampak semacam konspirasi.., di dalam ni.., sebab cerita ni nak UP pemaju je, dah tahun 2011 masih tiada pembaharuan masih tetap sama seperti kampung baru yang dulu .., nama sahaja kampung baru tapi.... siap dengan sindir menggunakan "kampung buruk"..,

~ di akhir cerita mereka semua setuju dengan idea pembanggunan yang dibawa gullam russel.. termasuk la orang lama kampung baru tu sendiri, ke semua mereka.. ha3.., aku bermonolog..., cerita nampak betul, nasib baik la hanya CEREKA..,
sbb setahu aku.., permasalahan penduduk kampung baru sehingga kini 2011 belum ada penyelesaian..

dan rasa nya nk cerita panjang-panjang pun tak guna la.., sebab ini hanya cereka..:-) ha3
apa pun best jugak la teater muzikal ni.., yang paling best ada pelakon wanita yang cantik muka iras-iras rozita che wan.., (yam marman) nme sebenar dirahsiakan.., he3 cun siot..., mata aku melirik kat dia je.., hu~


jadi biar sinopsis mencerita kan cerita..,
sinopsis teater kampung baru :

Sekumpulan anak muda berilmu, lulusan universiti luar dan dalam negara pelbagai bidang bersatu tenaga di bawah teraju Gulam Russel. Mereka membuat pelan dan perancangan membangunkan Kampung Baru secara menyeluruh, lengkap dengan infrastruktur, latihan kemahiran penduduk, serta agihan hartanah selepas dibangunkan. Kumpulan ini telah mengadakan penyelidikan yang rapi di seluruh jabatan kerajaan dan pihak berkuasa bandar raya tentang segala aspek ekonomi, sosial dan perundangan Kampung Baru.

Apabila mereka mengemukakan idea itu kepada penduduk Kampung baru pelbagai peringkat umur, mereka mendapat reaksi yang pelbagai. Haji Palawan, golongan tua yang merupakan penduduk asal Kampung Baru sukar dibawa berunding. Dia menyimpan rasa geram dan dendam yang mendalam terhadap kegagalan pihak yang bertanggungjawab membangunkan Kampung Baru. Haji Palawan teringatkan Kongres Melayu yang pernah diadakan di Padang Kelab Sulaiman pada tahun 1946. Dia mengimpikan pemimpin seperti Dato` Onn dan Tunku Abdul Rahman.

Raja Molek dan dua suruhannya Nesan dan Jalad pula sentiasa mencari kesempatan untuk mendapatkan habuan dengan jalan menyewakan hartanah Kampung Baru kepada sesiapa sahaja yang mahu menjalankan apa-apa sahaja jenis perniagaan. Mereka juga menentang cadangan Gulam dan kawan-kawan. Namun, kumpulan yang berilmu dan bersemangat kental ini tidak mudah mengalah. Mereka turut disokong oleh Mak Renong dan Cik Pa. Haji Palawan akhirnya memberi restu.

No comments:

Post a Comment