Monday, April 18, 2011

sedikit tentang...

Nabi yang suci bersabda, "Baiklah wahai Mu'adz, apabila engkau merasa kurang sempurna dalam melakukan semua amalanmu itu, maka cegahlah lidahmu dari ucapan ghibah dan fitnah terhadap sesama manusia, khususnya terhadap saudara-saudaramu yang sama-sama memegang Alquran. Apabila engkau hendak berbuat ghibah atau memfitnah orang lain, haruslah ingat kepada pertanggungjawaban jiwamu sendiri, sebagaimana engkau telah mengetahui bahwa dalam jiwamu pun penuh dengan aib-aib. Janganlah engkau mensucikan jiwamu dengan cara menjelek-jelekkan orang lain. Jangan angkat derajat jiwamu dengan cara menekan orang lain. Janganlah tenggelam di dalam memasuki urusan dunia sehingga hal itu dapat melupakan urusan akhiratmu. Dan janganlah engkau berbisik-bisik dengan seseorang, padahal di sebelahmu terdapat orang lain yang tidak diikutsertakan. Jangan merasa dirimu agung dan terhormat di hadapan manusia, karena hal itu akan membuat habis terputus nilai kebaikan-kebaikanmu di dunia dan akhirat. Janganlah berbuat keji di dalam majelis pertemuanmu sehingga akibatnya mereka akan menjauhimu karena buruknya akhlakmu. Janganlah engkau ungkit-ungkit kebaikanmu di hadapan orang lain. Janganlah engkau robek orang-orang dengan lidahmu yang akibatnya engkau pun akan dirobek-robek oleh anjing-anjing Jahannam, sebagaimana firman-Nya Ta'ala, "Demi yang merobek-robek dengan merobek yang sebenar-benarnya..." (QS An-Naaziyat [79]: 2) Di neraka itu, daging akan dirobek hingga mencapat tulang........

Mendengar penuturan Nabi sedemikian itu, Mu'adz kembali bertanya dengan suaranya yang semakin lirih, "Wahai Rasulullah, Siapa sebenarnya yang akan mampu melakukan itu semua....??"

"Wahai Mu'adz...! Sebenarnya apa-apa yang telah aku paparkan tadi dengan segala penjelasannya serta cara-cara menghindari bahayanya itu semua akan sangat mudah bagi dia yang dimudahkan oleh Allah Ta'ala.... Oleh karena itu cukuplah bagimu mencintai sesama manusia, sebagaimana engkau mencintai jiwamu sendiri, dan engkau membenci mereka sebagaimana jiwamu membencinya. Dengan itu semua niscaya engkau akan mampu dan selamat dalam menempuhnya.....!!"

Khalid bin Ma'dan kemudian berkata bahwa Mu'adz bin Jabal sangat sering membaca hadits tersebut sebagaimana seringnya beliau membaca Alquran, dan sering mempelajarinya serta menjaganya sebagaimana beliau mempelajari dan menjaga Alquran di dalam majelis pertemuannya.

Al-Ghazali Rahimahullah kemudian berkata, "Setelah kalian mendengar hadits yang sedemikian luhur beritanya, sedemikian besar bahayanya, atsarnya yang sungguh menggetarkan, serasa akan terbang bila hati mendengarnya serta meresahkan akal dan menyempitkan dada yang kini penuh dengan huru-hara yang mencekam. Kalian harus berlindung kepada Rabb-mu, Pemelihara Seru Sekalian Alam. Berdiam diri di ujung sebuah pintu taubat, mudah-mudahan kalbumu akan dibuka oleh Allah dengan lemah lembut, merendahkan diri dan berdoa, menjerit dan menangis semalaman. Juga di siang hari bersama orang-orang yang merendahkan diri, yang menjerit dan selalu berdoa kepada Allah Ta'ala. Sebab itu semua adalah sebuah persoalan bersar dalam hidupmu yang kalian tidak akan selamat darinya melainkan disebabkan atas pertolongan dan rahmat Allah Ta'ala semata.

Dan tidak akan bisa selamat dari tenggelamnya di lautan ini kecuali dengan hadirnya hidayah, taufiq serta inayah-Nya semata. Bangunlah kalian dari lengahnya orang-orang yang lengah. Urusan ini harus benar-benar diperhatikan oleh kalian. Lawanlah hawa nafsumu dalam tanjakan yang menakutkan ini. Mudah-mudahan kalian tidak akan celaka bersama orang-orang yang celaka. Dan mohonlah pertolongan hanya kepada Allah Ta'ala, kapan saja dan dalam kadaan bagaimanapun. Dialah yang Maha Menolong dengan sebaik-baiknya...

Wa laa haula wa laa quwwata illa billaah...

Friday, April 15, 2011

Semerah DELIMA...

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani......

semua kita tahu bahawa sungguhnya Allah s.w.t itu memiliki sifat ya AHAD..,(yg maha esa)
beruntung lah kita umat Muhammad s.a.w kerana kita umat yang diberi Al-quran sebagai petunjuk.., dan azimat terunggul disekelian alam.., ayat -ayat azimat yang teragung..
jadi apa kaitan nya Quran dan MERAH DELIMA..??

ada ayat2 yang membuat kita sepatutnya.., dan wajib yakin akan ayat itu.., yang membuat kita sentiasa bersama nya. (ilmu hakikat ketuhanan) kita semua umat islam diberikan delima..
tahukah anda semua?

tahukah anda bahawa merah delima yang Allah s.w.t berikan sudah mencakupi isi dunia dan akhirat..? dimana merah delima itu? sehinggakan kita boleh menjadi berani dengan adanya azimat(tangkal terkuat) merah delima ini?

tangkal azimat ini ada di dalam suratul Al-Iqlas,,

MERAH : itu berani..,
DELIMA ataupun DAL LIMA,..

~qulhuwallohu ahad(DAL 1)
~allohussomad(DAL 2)
~lamyalid(DAL 3)
~walamyulad(DAL 4)
~walamyakullahu kuffuwan ahad (DAL 5)

inilah merah delima sejati yg telah Allah berikan..., apakah kita masih mahu mencari azimat yang dirasa lebih sakti dari pada ini? disini sahaja sudah ternyata keagungan Allah .. subhanallah..

Sunday, April 10, 2011

cereka : kampung baru di mata aku.,

balik je dari menonton aku terus tulis ulasan ni.., teater KAMPUNG BARU. ni


kampung baru.., seperti yang kita semua tahu.., adalah sebuah kampung di tengah-tengah bandar kuala lumpur.., yang tak habis-habis perundingan nya..,

bagi aku sebenarnya.., teater kampung baru ni bagus.., penulis skrip cuba memberitahu kepada penonton keadaan kampung baru..,dan permasalahan di kampung baru.., TAPI...!!
dari mata aku yang hidup dan membesar di kuala lumpur ni.., penulis (hatta azad khan) teater ini ada mesej yang tersirat..., walaupun cereka.., tapi banyak menyindir..

aku nampak : ada....

~ nesan dan kawan nya jalad (mat kelantan) yang beriya2 benar mempertahan kan kampung baru dari arus pembanggunan, perkara sebenar yata yang dijadikan sindiran, kerana umum di ketahui., pengusaha makanan yang berderetan di kampung baru.., terletak berhampiran dengan masjid kampung baru tu kebanyakan nya adalah orang kelantan.., se-olah2 orang kelantan ni keras kepala, dan penghalang kepada projek pembanggunan.. sebalik nya watak mereka menampak kan kerakusan mereka terhadap material.., kalau nak tanah kena SEWA 100k..

~ haji palawan ketika melakon kan bahagian yang menunjuk kan emosi.., dia menyebut
"kalian tahu tak kita dah 54 tahun merdeka"..., di kira2 pada tahun 2011 mmg dah 54 tahun pun malaysia merdeka.., jadi jika ini adalah cereka.., aku terima tapi ada nampak semacam konspirasi.., di dalam ni.., sebab cerita ni nak UP pemaju je, dah tahun 2011 masih tiada pembaharuan masih tetap sama seperti kampung baru yang dulu .., nama sahaja kampung baru tapi.... siap dengan sindir menggunakan "kampung buruk"..,

~ di akhir cerita mereka semua setuju dengan idea pembanggunan yang dibawa gullam russel.. termasuk la orang lama kampung baru tu sendiri, ke semua mereka.. ha3.., aku bermonolog..., cerita nampak betul, nasib baik la hanya CEREKA..,
sbb setahu aku.., permasalahan penduduk kampung baru sehingga kini 2011 belum ada penyelesaian..

dan rasa nya nk cerita panjang-panjang pun tak guna la.., sebab ini hanya cereka..:-) ha3
apa pun best jugak la teater muzikal ni.., yang paling best ada pelakon wanita yang cantik muka iras-iras rozita che wan.., (yam marman) nme sebenar dirahsiakan.., he3 cun siot..., mata aku melirik kat dia je.., hu~


jadi biar sinopsis mencerita kan cerita..,
sinopsis teater kampung baru :

Sekumpulan anak muda berilmu, lulusan universiti luar dan dalam negara pelbagai bidang bersatu tenaga di bawah teraju Gulam Russel. Mereka membuat pelan dan perancangan membangunkan Kampung Baru secara menyeluruh, lengkap dengan infrastruktur, latihan kemahiran penduduk, serta agihan hartanah selepas dibangunkan. Kumpulan ini telah mengadakan penyelidikan yang rapi di seluruh jabatan kerajaan dan pihak berkuasa bandar raya tentang segala aspek ekonomi, sosial dan perundangan Kampung Baru.

Apabila mereka mengemukakan idea itu kepada penduduk Kampung baru pelbagai peringkat umur, mereka mendapat reaksi yang pelbagai. Haji Palawan, golongan tua yang merupakan penduduk asal Kampung Baru sukar dibawa berunding. Dia menyimpan rasa geram dan dendam yang mendalam terhadap kegagalan pihak yang bertanggungjawab membangunkan Kampung Baru. Haji Palawan teringatkan Kongres Melayu yang pernah diadakan di Padang Kelab Sulaiman pada tahun 1946. Dia mengimpikan pemimpin seperti Dato` Onn dan Tunku Abdul Rahman.

Raja Molek dan dua suruhannya Nesan dan Jalad pula sentiasa mencari kesempatan untuk mendapatkan habuan dengan jalan menyewakan hartanah Kampung Baru kepada sesiapa sahaja yang mahu menjalankan apa-apa sahaja jenis perniagaan. Mereka juga menentang cadangan Gulam dan kawan-kawan. Namun, kumpulan yang berilmu dan bersemangat kental ini tidak mudah mengalah. Mereka turut disokong oleh Mak Renong dan Cik Pa. Haji Palawan akhirnya memberi restu.

teater....

aku suka teater.., dan aku memang peminat seni teater....,
dan aku ada alasan aku sendiri kenapa aku suka teater?

ada orang ajukan soalan.. dan pendapat... berbunyi..

apa best dengan teater? latar belakan scene.., tak banyak.., cuma berubah prop jer..,
takde kepelbagaian muzik..., lagipun teater tu jalan cerita nya pendek.., tak macam movie..
@wayang.., cerita nya panjang set pengambaran berubah-ubah, ada teknik CGI.., dan macam2 lagi..


aku pun terdiam seraya berfikir.., tapi tak ku ajukan jawapan sebab.., bukan semua orang boleh terima jalan aku...,

macam ni.., simple word la kan..
bagi aku.., mmg la xde teknik CGI tu satu je kekurangan nya.., tapi aku salute dengan para barisan pelakon..., cuba kau sendiri.. mau kau beraksi di khalayak ramai? mau?.. belum tentu2 mau.., malu lah ini lah itu lah.., tak pandai lah..ye TAK PANDAI..!! tu la jawapan nye,..

mereka boleh beraksi dan berinteraksi dengan penonton.., LIVE... tak sama dengan filem.., orang teater berlakon depan manusia(hadirin) tapi pelakon filem/drama berlakon depan "TUNGGUL"@camera.., tak gitu.., dlm panggung teater sekali pun ada juga kamera.., rakan untuk peribadi dan tujuan kajian.., ha... tu la yang membezakan nya REAL.., kata omputih..
mereka lakukan lakonan dengan disiplin.., bkn mcm filem artis bkn semuanya berdisiplin.., ngerti?.., ha...

tapi paling senang cerita la.., kalau filem boleh di ulang tayang..., keluar panggung je filem box office katanya.., betul.., tapi kita tonton layar bukan tonton artisnya secara live.., betul tak?.., bukan la bermakna aku tak suka panggung wayang.., aku suka jugak cuma kurang senang bila orng terlalu membeza kan seni teater dan filem...,

p/s : kalau filem., kita boleh tengok ulang2.., bole beli DVD.., tapi kalau tengok teater.., biase nya dia tak ulang2 dah.., kalau dah abis tarikh pementasan.., dan tiada DVD yg boleh di beli.., tu secara nyata lah.., fikir2 kan..,

Friday, April 8, 2011

hulamak.., pandai nyer aku menulis.., cinte2.., ha3

love is strengthen healing... stand in love don't fall in love..


bila waktu hanya singkat untuk berjumpa dengan mu.
ku tak kan lupakan masa yang berlalu
tak ku lepas semua perasan rindu, semua impian.
bahwa engkau milik ku.., kekasih yang amat manis yang sulit untuk dilupakan
hati ini terus merintih dengan apa yang KAU lakukan...,
mimpi apa aku?.., punya gadis seperti kamu..,yang bohong denganku..

biarlah mimpi ni cepat berlalu.., dan kugadaikan CINTAku..

Wednesday, April 6, 2011

sampai menyampaikan.., @ perpanjang kan lah...

ceritera arta tentang : Gambaran Hari Kiamat

~ Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.

~ Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya “Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?

Tiada siapa yang menjawab.


terjawab dalam kitabullah surat Al-fatihah : 4
Yang menguasai di Hari Pembalasan


Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya “Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa.” Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.

~ Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.

~ Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut “Ajbuz Zanbi” yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.

~ Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.

~ Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka

menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal),
berjalan kaki (bagi yang kurang amalan)
dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa).

Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.

~Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.

~ Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.

~ Kemudian matahari muncul semula dengan

kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.

~ Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.

~ Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:

~- Pemimpin yang adil.
~- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.
~- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.
~- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.
~- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata “Aku takut pada Allah”.
~- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).
~- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.

~ Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara “pergilah berjumpa dengan para Nabi”. Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.

~ Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.

~ Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga ‘Arasy itu tiba dibumi.

~ ‘Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.

~Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari ‘Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.

~ Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & ‘Atid / Kiraman Katibin.

~ Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.

~ Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.

~ Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.

~ Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.

~ Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.

~ Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.

~ Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta’ala dengan Maha Bijaksana.

~ Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.

~ Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :

- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.

- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.

- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.

(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)

~ Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.

~ Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.

~ Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.

~ Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.

Rujukan: Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al- Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.

~ Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW: Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat.

~ Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :

-Sedekah/amal jariahnya.
- Doa anak²nya yang soleh.
- Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.

sumber : anonymous yang sufi..

Monday, April 4, 2011

saya perlukan teman...

orang pencuri ~ supaya saya belajar untuk memiliki kemahuan yang tinggi,

orang penipu ~ supaya saya bijak dalam berkata-kata

orang bijak ~ supaya saya menjadi seorang yang pandai

orang pandai ~ supaya saya menjadi seorang yang cerdik

orang perniagaan ~ supaya saya bisa memantap kan ilmu perniagaan dalam apa-apa bidang

orang pemfitnah ~ supaya saya pandai mempergunakan persekitaran saya.

orang TUA saya ~ sebagi cahaya hidup, yang akan membimbing saya

orang ALIM ~ supaya saya tidak tersesat perjalanan saya

orang kaya ~ sebagai kayu pengukr kemampuan saya, motivator untuk saya terus maju

orang miskin ~ supaya saya sedar akan adanya yang lebih memerlukan..

macam-macam orang dah saya kenal..., boleh semua yang diatas dah pernah saya gauli.., , tapi ada lagi seorang teman yang sangat-sangat saya perlukan...,

SIAPA ORANG NYA..?

pintu itu roboh

setahun sebelum ini aku dipergunakan oleh seorang yg bernama wanita., aku dipermain hidup-hidup, dibelakang ku., aku di bohongi., aku berkongsi sayang dengan orang-orang yang sejenis dengan aku.., pedih rasanya.., luluh hati.., bukan sekali tetapi dua kali di perlaku kan aku sebegitu..,

tapi tuhan itu penyayang., aku diberi ketabahan.., aku sabar.., dan aku berkeputusan untuk mengundur diri.., aku tutup pintu hati untuk se-seorang yang bernama PEREMPUAN..,
aku tebalkan semangat yang ada.., aku memuncakkan kesabaran aku..,
aku perkuat kan
KUBU EGO aku.... alhamdulillah aku berjaya, berjaya untuk sedaya untuk tidak memusuhi, membenci kaum yang lemah itu, kaum yang lemah dalam pendirian nya..,
hidup aku berjalan seperti biasa....

setahun aku tutup pintu.., tapi akhirnya pintu ego tu retak menanti roboh kerana diketuk dan di sapa salam oleh seorang.. yg bergelar

NURSE..,

dia...
dia seorang jururawat ...., dia wanita yang bisa ku statuskan wanita soleha.., maka dia lah pilihan ku..,
kerana dia.., hanya dia wanita yang berjaya meroboh kan kubu ego ku...

Sunday, April 3, 2011

aku plagiat tentang aku...

*Seseorang yang sentiasa bergurau senda di hadapanmu,
Ketahuilah dialah seorang pemurung tatkala sendirian.

*Seseorang yang sentiasa menyuntik kata-kata semangat dan perangsang kepadamu,
Ketahuilah tatkala itu dia sedang menyulam hatinya yang retak seribu.
...
*Seseorang yang sentiasa kelihatan kuat di hadapanmu,
Ketahuilah dialah yang sentiasa mengadu lemah di hadapan Tuhannya.

*Seseorang yang ketawan...ya menceriakan harimu,
Ketahuilah tatkala itu dia sedang membalut duka di dadanya.

*Seseorang yang sering memberi hadiah kepadamu,
Ketahuilah dialah insan yang tidak pernah mendapatkannya.

*Seseorang yang bebas mengeluarkan cetusan fikirannya,
Ketahuilah dialah seorang 'petapa setia' yang tidak mampu
bersuara tatkala sendirian...