Monday, May 16, 2011

di goncang kapur...

sampan kecil di lambung ombak, yang hanyut nya ke hulu,
dek angin terbawa sampan ke tepi, kesudahan nya sampai juga..
pandai benar adik menembak., menembak tidak berpeluru
kena sebelah jantung dan hati.., iman di dada yang digoncang nya..


biar keras ditimpa badai, niat dihati sampai ke tepi
dek takut pendayung terlepas kerana alun gelombang
pandangan mata pada mulanya, kini jatuh ke dalam hati
takut tepuk takadik balas, kesudahan nya merindu seorang


sedang di dalam sampan tiris, mungkin tak sampai ke seberang
dengan apa nak ku menentang arus,macamana sampan nak lalu,
dalam gelak terserak tangis, yang dah selalu bermenung seorang
teringat semasa nak menentang arus,bila lah masanya lagi nak bertemu

No comments:

Post a Comment