Tuesday, October 30, 2012

DELIMA sakti

Bacalah ayat ini sebelum anda memulakan apa-apa saja kerja kerana dengan bacaan ini akan keluarlah iblis dan syaitan yang berada didalam tubuh kita dan juga di sekeliling kita, mereka akan berlari keluar umpama cacing kepanasan.
“Au zubillah himinashsyaitan nirrajim… bismillahirrahmannirrahim”
Tafsirannya:
Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam, dengan namaAllah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
Sebelum anda masuk rumah, bacalah ayat tersebut, kemudian bacalah surah Al- Ikhlas sebanyak 3 kali. Masuklah rumah dengan kaki kanan dan dengan membaca bismillah. Berilah salam kepada anggota rumah dan sekiranya tiada orang dirumah berilah salam kerana malaikat rumah akan menyahut.
Kerjakanlah solat lima waktu tanpa henti kerana salam pertama (ianya wajib) yang diucapkan pada akhir solat akan membantu kita menjawab persoalan kubur. Apabila malaikat memberi salam, seorang yang jarang bersolat akan sukar menjawab salam tersebut. Tetapi bagi mereka yang kerap bersolat, amalan daripada salam yang diucap di akhir solat akan menolongnya menjawab salam malaikat itu.
Diriwayatkan oleh Iman Bukhari sabda Nabi Muhammad s.a.w: “Barang siapa membaca Qul huwa”llahu ahad 100,000 kali maka sesungguhnya ia telah menebus dirinya dari Allah, maka menyeru yang menyeru dari pihak Allah di langit dan di bumi. Kusaksikan bahwa sifulan itu telah menjadi pemendekaan Allah sesungguhnya ia adalah pemerdekaan dari sisi Allah, Sesungguhnya ia adalah pemerdekaan dari neraka”.
Inilah yang dinamakan membaca Qulhua”llahuahad satu khatam yaitu 100,000 kali dengan diwiridkan seberapa ribu kesanggupan kita sehari. Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud: “Barangsiapa membaca surah Al- Ikhlas sewaktu sakit sehingga dia meninggal dunia, maka dia tidak akan membusuk di dalam kuburnya, akan selamat dia dari kesempitan kuburnya dan para malaikat akan membawanya dengan sayap mereka melintasi titian siratul mustaqim lalu menuju ke syurga”. (Demikian diterangkan dalam Tadzikaratul Qurthuby).
Rasulullah SAW pernah bertanya sebuah teka-teki kepada umatnya “Siapakah antara Kamu yang dapat khatam Qur’an dalam jangkamasa dua-tiga minit?” Tiada seorang dari sahabatnya yang menjawab.
Malah Saiyidina Ummar telah mengatakan bahawa ianya mustahil untuk mengatam Qur’an dalam begitu cepat. Kemudiannya Saiyyidina Ali mengangkat tangannya. Saiyidina Ummar bersuara kepada Saiyidina Ali bahawa Saiyidina Ali (yang sedang kecil pada waktu itu) tidak tahu apa yang dikatakannya itu. Lantas Saiyidina Ali membaca surah Al- Ikhlas tiga kali. Rasulullah SAW menjawab dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul. Membaca surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan membaca 10 jus kitab Al-Quran. Lalu dengan membaca surah Al- Ikhlas sebanyak tiga kali qatamlah Quran kerana ianya sama dengan membaca 30 jus Al-Quran.
Berkata Ibnu Abbas r.a. bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: “Ketika saya (Rasulullah SAW) israk ke langit, maka saya telah melihat Arasy di atas 360,000 sendi dan jarak jauh antara satu sendi ke satu sendi ialah 300,000 perjalanan. Pada tiap-tiap sendi itu terdapat padang sahara sebanyak 12,000 dan luasnya setiap satu padang sahara itu seluas dari timur hingga ke barat. Pada setiap padang sahara itu terdapat 80,000 malaikat yang mana kesemuanya membaca surah Al- Ikhlas.”
Setelah mereka selesai membaca surah tersebut maka berkata mereka: “Wahai Allah kami, sesungguhnya pahala dari bacaan kami ini kami berikan kepada orang yang membaca surah Al-Ikhlas baik ianya lelaki mahupun perempuan”.
Sabda Rasulullah SAW lagi: “Demi Allah yang jiwaku ditanganNya, sesungguhnya Qul Huwallahu Ahad itu tertulis disayap malaikat Jibrail a.s, Allahhus Somad itu tertulis di sayap malaikat Mikail a.s, Lamyalid walam yuulad tertulis pada sayap malaikat Izrail a.s, Walam yakullahu kufuwan ahadu tertulis pada sayap malaikat Israfil a.s”.
Siapa membaca surah Fatihah, al-ikhlas, al-falaq, dan an-annas setiap satu sebanyak 7 kali selepas solat jumaat, nescaya terpelihara dari perkara keji dan segala bala hinggalah ke jumaat yang berikiutnya.
Jika dibaca 3 surah ini al-ikhlas, al-falaq dan an-nass pagi dan petang nescaya tidak mengalami apa-apa kesusahan.
Jika sekiranya kawan-kawan ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada kawan2 yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW “Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat”.
Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :
1) Sedekah/amal jariahnya
2) Doa anak-anaknya yang soleh
3) Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.

Monday, September 24, 2012

setan setan politik

Apakah selamanya politik itu kejam
apakah selamanya dia datang untuk menghentam
apakah sememangnya itu sudah ditakdirkan

penjilat
penghasud
penindas
memperkosa hak hak marhaen lemah

#setan setan politik
fajarpurnama,25.09.2012,am10.00

satu masa pagi

Dimasa waktu fajar ini
Mentari hanya sekejap saja lagi
Hati ini
Jiwa ini
Rindu ini
Cinta ini
Hanya untuk mu Ani
Selamat pagi sayang
Hihihihihi

#Fajar cinta.
Selayang.24.9.2012

Wednesday, August 29, 2012

Angan..

Akhirnya dari cerita kita ini nanti
akan tiba pada suatu hari yang istimewa
Pada suatu ketika kita bersama menganang kisah kita
yang telah lama kita ketahui yang  kita lalui
mungkin waktu itu aku tertanya pada diriku
Apakah kau masih selembut dahulu
Memintaku menjaga kamu temani tidurmu yang lelap
Sambil membenarkan letak tangan di ubun mu
dan kabus nipis pun menyelubungi Lembah Kasih
Lembah cinta harum mewangi
Kau dan aku tegak berdiri
Melihat hutan-hutan yang menjadi suram
Meresapi belaian angin yang menjadi dingin
Apakah kau akan membelaiku semesra dahulu
Ketika kudekap
Kau dekaplah lebih mesra
Lebih dekat
Apakah kau masih akan berkata
Kudengar detak jantungmu
Kita begitu berbeza dalam semua
Kecuali dalam CINTA

(oktavia - Jie) penaklukan Anie...


Katakan lah pada IBU mu aku kan pulang menjemputmu,
ku akan menakluk kan kamu dengan jalan CINTA ku,
Katakan lah pada BAPAK mu, aku mencari jalan untuk bertemu,
membincang kan tentang ENGKAU dan AKU, untuk me WALI kan kamu,
bertenang lah.., janji aku BENAR yang aku benar benar INGIN
sabar untuk masa kita yang kita IMPI..
meredah selubung hati yang Dingin..
yakin lah aku tak pernah berhenti berjuang.
pecahkan teka teki TUHAN..
dan tak pernah berhenti berjuang menaklukan MU..
mari bersama ku membagi waktu dengan ALAM..
kau kan tahu betapa aku yang di jalan yang SEBENAR.
akan aku telusuri jalan yang Setapak ini.., semoga aku temukan jawapan,
akan aku telusuri jalan yang setapak ini, mencari jalan PENAKLUKAN..

Tuesday, August 28, 2012

(mandrem) bace bace skit pastu fuhh...

Sunnah Rasulullah s.a.w. bagi pasangan yang baru berkahwin. Suami meletakkan tangan di ubun kepala isteri, dan berdoa :

" Ya ALLAH, aku memohon kepada-Mu kebaikannya, dan kebaikan segala yang Engkau ciptakan pada dirinya. Dan aku berlindung kepada-Mu daripada keburukannya dan segala keburukan yang Engkau ciptakan pada dirinya" (Riwayat Abu Daud no.1260)

[artikel dan gambar adalah PLAGIAT semata2.., sebagai perkongsian]

Friday, August 10, 2012

burung yang berterbangan


Wahai burung yang berterbangan
Ke arah duniamu
Katakan padaku bila pula ku kan terbang
Aku kebosanan kerna tidak bertahan lagi
Kehidupan ini, Hatiku berbelah bagi

Kau terbang dan pergi
Dan kau diduniamu beruntungnya aku jika sepertimu
Sempitnya duniaku, Walau pengembala unta diatas bonggolnya
Hatiku berbelah bagi

Berapa kali ku bilang pada penunggang
Sebelum kau ku katakan nak jalan
Dan bawalah aku kepada teman-temanku
Sehingga menemuiku
Hatiku berbelah bagi

Pabila kita bercinta,Tiada keraguan dalam cinta
Tapi pada siapa ku mengadu
Hanya Allah yang tahu
Bagaimana keadaanku yang sebenarnya

Hatiku berbelah bagi.......

Sunday, July 15, 2012

perkara yang Allah swt sembunyikan

Allah SWT selesai menciptakan Jibrail as dengan bentuk yang cantik, dan
Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang , sayap itu antara
timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan124, 000 sayap). Setelah itu
Jibrail as memandang dirinya sendiri danberkata:

'Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripada aku?.'

Lalu Allah swt berfirman yang bermaksud.. 'Tidak'

Kemudian Jibrail as berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada Allah swt. dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun.

Setelah selesai Jibrail as solat, maka Allah SWT berfirman yang bermaksud. 'Wahai Jibrail, kamu telahmenyembah aku dengan ibadah yangbersungguh- sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaku seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir
zaman nanti akan datang seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai, namanya Muhammad.' Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa, sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja, dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga. Maka demi kemuliaannKu dan ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu aku lebih sukai dari solatmu itu. Kerana mereka mengerjakan solat atasperintahKu, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintahKu.'

Kemudian Jibrail as berkata: 'Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?'

Lalu Allah berfirman yang bermak! sud. 'Ya Jibrail, akan Aku berikan syurga Ma'waa sebagai tempat tinggal...'

Kemudian Jibrail as meminta izin kepada Allah untuk melihat syurga Ma'waa.Setelah Jibrail as mendapat izin dari Allah SWT maka pergilah Jibrail as dengan mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap dia mengembangkan dua sayapnya dia boleh menempuh jarak perjalanan 3000 tahun, terbanglah malaikat jibrail as selama 300 tahun sehingga ia merasa letih dan lemah dan akhirnya dia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohon dan dia sujud kepada Allah SWT lalu ia berkata dalam sujud:

'Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya, atau sepertiganya, atau seperempatnya? '

Kemudian Allah swt berfirman yang bermaksud. 'Wahai Jibrail, kalau kamu dapat terbang selama 3000 tahun dan meskipun aku memberikan kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti yangtelah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh dari beberapa perpuluhan yang telah kuberikan kepada umat Muhammad terhadap imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan.... .'

Marilah sama2 kita fikirkan dan berusaha lakukan... Sesungguhnya Allah S.W.T telah menyembunyikan enam perkara iaitu :

* Allah S.W.T telah menyembunyikan redha-Nya dalam taat.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan murka-Nya di dalam maksiat.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam Al-Quran.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat (yang lima waktu).
* Allah S.W.T telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat di dalam semua hari.

#wahai rakan rakan ku yg dikasihi sekalian, sebarlah ilmu ini, agar semua kwn kwn kita diluar sana kembali ke pangkal jalan, ikut islam sebenar benarnya, sesiapa yang mengajak kebaikkan, pahala seseorang yang diajak kebaikkan itu dapat padanya tanpa dikurangkan sedikitpun. inshaAllah... Allah always with us.

Sunday, June 3, 2012

Wang Kertas: Penipuan Terbesar Dalam Sejarah Manusia

plagiat nyata tentang penipuan DUNIA dari individu tertentu.. sebagai pengetahuan ..

Hari ini kalau ada yang berazam untuk tidak mahu menggunakan wang kertas ,orang berkenaan ‘wajib’ berpindah ke dalam hutan. Begitu sekali sekeping wang kertas bergelar ‘not’ menguasai seluruh kehidupan manusia.

“Apa itu wang kertas?” Wacana tentang riba dan wang emas tidak mungkin lengkap kalau tidak menyentuh soal wang kertas kerana kedua-dua matawang ini dan riba ada hubung kaitnya dari segi sejarah.

Sejarah mencatatkan bahawa antara wang yang paling awal muncul di dunia ini adalah wang emas yang digunakan pada empayar Rom di Eropah, berkurun lama sebelum kedatangan Islam di bumi Arab. Wang emas terus digunakan oleh dunia Islam dan bahagian-bahagian dunia yang lain setelah keadatangan Nabi Muhammad s.a.w. Kearajaan Melayu Melaka pada kurun ke-14 Masehi juga menggunakan wang emas.

Namun, penggunaannya berakhir pada 1924 berikut runtuhnya kerajaan Khilafah Islamiah terakhir iaitu Khalifah Uthmaniah yang berpusat di Istanbul, Turki. Selepas itu, dunia beralih kepada wang kertas yang bersandarkan emas.

Namun, sejarah wang kertas diwarnai misteri, tipu daya dan pembelitan yang dahsyat. Warga Amerika Syarikat, G Edward Griffin dalam buku The Creature From Jekyll Island berkata bahawa titik bermulanya penipuan wang kertas adalah pada 1910.

Mesyuarat misteri di pulau Jekyll pada tahun itu membawa kepada penubuhan the Federal Reserve Department (FRD) pada tahun 1913 yang keahliannya bukan di kalangan rakyat atau institusi kerajaan Amerika Syarikat .

Sebaliknya dianggotai oleh syarikat milik persendirian asing. Penggunaan perkataan ‘federal’ (persekutuan) ke atas sesuatu yang berbentuk persendirian adalah pembohongan yang nyata. Kongres Amerika Syarikat pula terpaksa meluluskannya secara curi-curi.

Jabatan ini kemudiannya mentadbir segala urusan kewangan Negara Amerika Syarikat., antaranya mencetak wang kertas Dolar Amerika dan memperkenalkan Fractional Reserve Bangking (FRB) atau Fractional Reserve Requirement (FRR) yang menjadi asas perjalanan sesebuah bank. Sehingga hari ini, FRB digunakakn oleh industri perbankan di seluruh dunia termasuk Malaysia untuk mencipta wang sesuka hati dalam jumlah yang berlipat kali ganda melebihi kekayaan sebenar.

Berikutan penubuhan FRD, banyak peristiwa besar berlaku sehingga membolehkan British mengusai Bandar Jerusalem pada 1919. Penguasaan itu menandakan berakhirnya era Perang Salib yang berlangsung selama 250 tahun antara umat Islam dan Kristian. Dunia pun berubah dengan mendadak. Kemuncaknya ialah kejatuhan Kerajaan Khalifah Uthmaniah.

Peristiwa demi peristiwa terus mengejutkan dunia, antaranya Perang Dunia Pertama dan krisis ekonomi dunia besar-besaran pada 1929. Pada 1944, muncul pula perjanjian Bretton Woods yang melibatkan 44 buah Negara dunia yang bersetuju untuk menyandarkan mata wang kertas masing-masing kepada Dolar Amerika dengan jaminan bahawa USD35 bersamaan dengan satu auns emas.

Negara-negara dunia tidak lagi menyandarkan mata wang kertas kepada rizab emas masing-masing seperti sebelum ini. Setahun selepas Dolar Amerika mendapat ‘daulat’ berkenaan, International Monetory Fund (IMF) pun ditubuhkan. Pada 1948, Negara Israel mendapat pengiktirafan sebagai sebuah Negara berdaulat di tengah-tengah Negara Palestin yang sah.

Seterusnya pada 1971, kerajaan Amerika Syarikat pimpinan Ricard Nixon hampir bankrap gara-gara Perang Vietnam dan masalah deficit imbangan pembayaran yang berterusan. Tuntutan rasmi terhadap rizab emas Amerika Syarikat melambung kepada USD32 bilion sedangkan rizab emas yang ada hanya satu pertiga. Keyakinan terhadap Dolar Amerika punah. Berduyun-duyun bank pusat negara lain memeras ugut Amerika Syarikat dengan cara menebus pegangan Dolar Amerika masing-masing. Emas mengalir keluar dari Amerika Syarikat lalu dengan sendirinya meruntuhkan nilai Dolar Amerika.

Namun Amerika licik bertindak dengan memutuskan ikatan antara Dolar Amerika dan emas. Ini bermakna Amerika Syarikat memungkiri perjanjian Bretton Woods dan bertindak secara unilateral untuk menguburkan system piawaian emas.

Selepas 15 ogos 1971, dolar tidak lagi bersandarkan kepada emas. Sejak itu, nilai dolar ditentukan oleh kuasa permintaan dan penawaran pasaran tukaran wang asing. Kesannya, semua matawang dunia berubah menjadi matawang fiat iaitu matawang yang bernilai sifar. Ini bermakna setiap Negara bebas mencetak wang kertas tana perlu bersandarkan kepada apa-apa rizab. Kalau ada pun, ia dalam jumlah yang kecil seperti yang ditetapkan oleh Special Drawing Rights IMF. Bayangkan betapa liciknya permainan ini.

Pun begitu apa jua tipu daya tetap ada kelemahannya seperti mana yang disebut oleh Allah dalam al-Quran, Firmannya yang bermaksud:

“Orang-orang yang beriman dan berperang di jalan Allah dan orang-orang yang kafir berjalan di jalan thaghut, sebab itu perangi lah kawan-kawan syaitan itu kerana tipu daya syaitan itu adalah lemah.” [surah an-Nisa’, ayat 76]

Sekarang, ‘tabir’ yang melindungi wajah sebenar wang kertas semakin terungkai. Dunia mula mengetahui apa ada di sebalik wang kertas. Wang kertas tidak mempunyai nilai intrinsik seperti mana wang sebenar (contohnya emas, perak, sebakul barangan dan lain-lain).

Nilai yang dicetak di atas wang kertas kini ditentukan oleh kerajaan yang mengeluarkannya dan kuasa pasaran (market forces). Ini bermakna nilainya bergantung kepada permintaan dan manipulasi pihak yang mengeluarkannya. Ia hanya lah ‘janji’ untuk membayar dan pihak yang mengeluarkannya tidak semesti menunaikan ‘janji’ itu. Atas inilah, sebagai contoh, pada wang kertas Ringgit Malaysia yang kita gunakan sekarang, tercetak ayat, “wang kertas ini sah diperlakukan dengan nilai….”.

Wang kertas digelar fiat kerana ia bukan berbentuk komoditi tetapi dikeluarkan oleh pihak tertentu dan dijamin nilainya oleh pihak yang mengeluarkan. Pengertian sebenar disebalik wang kertas ialah sekadar ‘sekeping kertas’ yang diterima pakai untuk semua urusan jual beli. Asas penerimaan kertas ini hanya atas dasar kepercayaan terhadapnya.Kepercayaan semata-mata! Itu sahaja! Sekiranya di suatu masa kelak, semua orang hilang kepercayaan terhadap ‘kertas ini’ lalu ia tidak lagi berguna, sekalipun jumlahnya berguni.

Sejarah membuktikan bahawa dalam peperangan mata wang sesebuah Negara dilanda krisis akan hancur lalu wang kertas dilambakkan seperti bukit di satu tempat dan dimansuhkan dengan cara membakarnya hingga hangus. Di Malaysia, sebahagian besar generasi sebelum merdeka masih lagi mengingati istilah ‘duit pisang’ atau ‘duit Jepun’ yang menyaksikan berguni duit kertas tidak mampu untuk membeli secawan beras. Ungkapan ‘duit tak laku’ bukan lah sesuatu yang asing buat orang lama yang pernah melalui pengalamn buruk itu.

Selain wang kertas, wang fiat juga merujuk kepada wang dalam bentuk angka dalam akaun, hutang-hutang yang dikeluarkan oleh bank atau institusi kewangan dan kad plastic digital. Wang ini tidak disokong oleh apa-apa aset yang nyata. Nilainya mudah dimainkan oleh speculator matawang yang berniat jahat, tamak dan tidak berperikemanusian.

Krisis ekonomi Asia pada 1997 adalah contoh yang paling dekat dengan kita. Spekulasi dan manipulasi menyebabkan berlaku susut nilai matawang atau lebih buruk, matawang itu langsung tidak bernilai. Keadaan yang dinamakan ‘money meltdown’ ini sudah pun berlaku dalam tahun-tahun kebelakangan (kejatuhan Dolar Amerika pada 1973 dan 1980). Keadaan ini pasti akan berulang. Krisis ekonomi dunia diramal menjadi lebih teruk berbanding pada tahun 1929.

Sistem ekonomi kapitalis, bank dan institusi kewangan dengan cara tidak bertanggungjawab telah mencipta wang fiat dengan banyak di pasaran sehingga menyebabkan inflasi. Wang itu dicipta melalui kepelbagaian deposit, memberi hutang dan mengenakan faedah. Setiap wang fiat yang didepositkan ke dalam bank akan mencambahkan tiga wang fiat lagi yang boleh diberikan kepada individu dan syarikat perniagaan. Ekonomi ini adalah ekonomi palsu yang tidak berasaskan kepada pengeluaran sebenar.

Sesetengah kerajaan mencetak wang sewenang-wenang tanpa bersandarkan kepada pengeluaran sebenar dalam Negara bagi kepentingan pemerintah dan pengekalan kuasa.

Apabila semakin banyak wang dicetak, nilai wang fiat akan berkurangan dan menyebabkan inflasi. Kuasa beli rakyat pula akan berkurangan. Satu wang fiat tidak memungkinkan kita membeli barangan yang sama kita beli seperti sepuluh tahun yang lalu. Ini menjadikan nilai wang kertas fiat hanya terletak pada barangan yang kita beli hari ini. Sebagai contoh, tiga puluh tahun lalu, seseorang yang bergaji RM 1000 sebulan mampu memiliki kereta import berjenama dan sebuah banglo. Hari ini, gaji sebanyak RM20,000 sebulan belum tentu menjanjikan kereta import dan banglo. Harga barangan menjadi terlalu tinggi iaitu meningkat berkali ganda berbanding peningkatan dalam pendapatan.

Orang sekarang berkerja siang dan malam serta melakukan bermacam-macam jenis pekerjaan, tetapi masih berada di dalam keadaan kekurangan. Harta pada hakikatnya dimiliki oleh bank atau institusi kewangan. Hampir semua orang berhutang dengan bank atau institusi keewangan dan pada bila-bila masa boleh menjadi papa kedana kerana hutang itu. Malah hutang bank juga boleh diwarisi sehingga ke anak cucu.

Kadar pengangguran dan kegagalan syarikat perniagaan pula semakin meningkat dari hari ke hari. Semua ini angkara sistem kewangan fiat yang menyebabkan ekonomi berkembang secara tidak stabil serta mewujudkan jurang besar antara golongan berada dengan golongan tidak berada.

Jelas wang kertas adalah wang yang tidak adil dan tidak jujur. Apabila Amerika Syarikat meluluskan penubuhan FRD dan Amerika Syarikat mengadakan perjanjian Bretton Woods pada 1944, seluruh ummah sebenarnya sudah ditipu ‘hidup-hidup’. Inilah penipuan terbesar dalam sejarah manusia

Friday, March 30, 2012

fakta

FAKTA SEBENAR LELAKI• 99.9% lelaki amat pandai masak kari…..tapi megi kari saja la.

• Lelaki kadang2 memang suka memasak….tapi amat malas nakbasuh periuk belanga serta pinggan mangkuk…

• Apabila lelaki memasak umpama sedang bertukang umah… bukanmain bising lagi.
...
• Adalah kebiasaan lelaki memasak tanpa memakai baju…pastu,sambil isap rokok plak…

• Menu utama masakan lelaki adalah telur goreng, sardin, telurgoreng dan juga sardin. Tak ketinggalan jugak kicap masin…

• Jika seorang lelaki yg rajin memasak, anda akan dapati gasmasakan akan cepat habis, kerana lelaki memasak selalunya gunaapi yg kuat…cepat sikit masak.

• Keadaan dapur rumah orang lelaki yang bersepah sepah adalahsatu pemandangan biasa yang mempunyai nilai artistiknya yangtersendiri…

• Dan lelaki tidak akan merungut sekiranya masakan itu dimasakoleh seorang lelaki..tetapi peng’komplen’ nombor satu jikamakanan itu di masak oleh wanita..

Antara sebab sebab lelaki memasak:• Malas nak pegi kedai• Hampir hampir pokai• Nak menghabiskan stock makanan yang dah nak expired• Mental theraphy• Konon konon nak practice…nanti buleh amik hati pasangan• Buang tebiat…

Walaupun begitu, chef chef terkemuka dunia masih terdiri daripadakaum lelaki..

betul x?? hahahhahaha =D

Cara Sholat Tahajud

Cara Sholat Tahajud

solat tahajjud adalah sholat sunat yang dikerjakan pada waktu malam, dimulai selepas waktu isya sampai menjelang subuh. Sholat tahajud merupakan jalan yng tepat menuju Allah untuk mencari solusi atas jawaban masalah hidup di dunia ini. Sahabat Abdullah bin Salam mengatakan, bahwa Nabi Muhammad saw bersabda:

“Hai sekalian manusia, sebarluaskanlah salam dan berikanlah makanan serta sholat malamlah diwaktu manusia sedang tidur, supaya kamu masuk Surga dengan selamat.” (HR Tirmidzi)

“Seutama-utama sholat sesudah sholat fardhu ialah sholat sunnat di waktu malam.” (HR Muslim)

Cara Sholat Tahajud

Selain itu, Allah sendiri juga berfirman:

Pada malam hari, hendaklah engkau sholat Tahajud sebagai tambahan bagi engkau. Mudah-mudahan Tuhan mengangkat engkau ketempat yang terpuji. (QS Al-Isra’: 79)

Dari Jabir r.a., ia barkata, “Aku mendengar Rasulullah saw. Bersabda: Sesungguhnya pada malam hari itu benar-benar ada saat yang seorang muslim dapat menepatinya untuk memohon kepada Allah suatu kebaikan dunia dan akhirat, pasti Allah akan memberikannya (mengabulkannya); dan itu setiap malam.” (HR Muslim dan Ahmad)

“Lazimkan dirimu untuk sholat malam karena hal itu tradisi orang-orang saleh sebelummu, mendekatkan diri kepada Allah, menghapus dosa, menolak penyakit, dan pencegah dari dosa.” (HR Ahmad)

Pembagian Keutamaan Waktu Sholat Tahajud adalah:

~ Sepertiga malam, kira-kira mulai dari jam 19.00 samapai jam 22.00

~ Sepertiga kedua, kira-kira mulai dari jam 22.00 sampai dengan jam 01.00

~ Sepertiga ketiga, kira-kira dari jam 01.00 sampai dengan masuknya waktu subuh.

Niat Sholat Tahajud:

Ushallii sunnatat-tahajjudi rak’ataini lillaahi ta’aalaa.

Artinya: “Aku niat sholat sunat tahajud dua rakaat karena Allah”

Sholat Tahajud dilaksanakan dengan Munfarid ( tanpa berjamaah ), minimal dua rakaat dan maksimal tidak terhingga jumlah rakaatnya.

Adapun Cara Sholat Tahajud:

~ Niat shalat Tahajjud didalam hati berbarengan dengan Takbiratul Ihram.

~ Membaca doa Iftitah

~Membaca surat al Fatihah

~ Membaca salah satu surat didalam al quran. yaitu surat al Kafirun di rakaat pertama dan rakaat ke dua membaca surat al Ikhlas

~ Ruku’ sambil membaca Tasbih tiga kali

~ I’tidal sambil membaca bacaannya

~ Sujud pertama sambil membaca Tasbih tiga kali

~ Duduk antara dua sujud sambil membaca bacaannya

~ Sujud yang kedua sambil membaca Tasbih tiga kali.

~ Setelah selesai rakaat pertama, lakukan rakaat kedua sebagaimana cara diatas, kemudian Tasyahhud akhir setelah selesai maka membaca salam dua kali dan rakaat-rakaat selanjutnya sama dilakukan seperti contoh diatas.

Doa yang dibaca setelah sholat tahajud:

Rabbanaa aatina fid-dun-yaa hasanataw wa fil aakhirati hasanataw wa qinaa adzaaban-naar.

Artinya: “Ya Allah Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan hindarkanlah kami dari siksa api neraka.”

Dalam hadits Bukhari dinyatakan, bahwa rasulullah jika bangun dari tidurnya di tengah malam lalu bertahajud membaca doa:

Allahumma lakal hamdu anta qayyimus samaawaati walardhi wa man fiihin, wa lakal hamdu laka mulkus samaawaati wal ardhi wa man fiihin, wa lakal hamdu nuurus samaawaati wal ardhi, wa lakal hamdu antal haqqu wa wa’dukal-haqqu wa liqaa’uka haqqun wa qauluka haqqun wal-jannatu haqqun, wan naaru haqqun, wan-nabiyyuuna haqqun, wa Muhammadun shallallaahu ‘alaihi wa sallama haqqun, waass’atu haqqun. Allahumma laka aslamtu, wa bika aamantu, wa ‘alaika tawakaltu wa ilaika anabtu wa bika khaashamtu, wa ilaika haakamtu, faghfir lii maa qaddamtu, wa maa akhkhartu wa maa asrartu, wa maa a’lantu antal muqaddimu wa antal mu’akhiru la ilaaha illa anta aula ilaaha gairuka wa laa haula quwwata illa billah.

Artinya: “Ya Allah, bagi-Mu segala puji. Engkaulah penegak langit dan bumi dan alam semesta beserta segala isinya. Bagi-Mulah segala puji, pemancar cahay langit dan bumi. Bagi-Mulah segala puji, Engakaulah yang haq, dan janji-Mu adalah benar, dan surge adalah haq, dan neraka adalah haq, dan nabi-nabi itu adalah haq, dan Nabi Muhammad adalah benar, dan hari kiamat adalah benar. Ya Allah, kepada-Mulah kami berserah diri (bertawakal) kepada Engkau jualah kami kembali, dan kepada-Mulah kami rindu, dan kepada engkaulah kami berhukum. Ampunilah kami atas kesalahan yang sudah kami lakukan dan sebelumnya, baik yang kami sembunyikan maupun yang kami nyatakan. Engkaulah Tuhan yang terdahulu dan Tuhan ynag terakhir. Tidak ada Tuhan melainkan Engkau Allah Rabbul alamin. Tiada daya upaya melainkan dengan pertolongan Allah.”

Setelah itu, perbanyaklah membaca istigfar sebagai berikut:

Astagfirullaahal azhim wa atuubu ilaiih

Artinya: “Kami memohon ampunan kepada Allah Yang Maha Agung dan kami pun bertaubat kepada-Nya”

Tips kiat Mudah sholat Malam/Qiyamullail:

~ Aturlah aktivitas di siang hari agar malamnya Anda tidak kelelahan. Sehingga tidak membuat Anda tidur terlalu lelap.

~ Makan malam jangan kekenyangan, berdoa untuk bisa bangun malam, dan jangan lupa pasang alarm sebelum tidur.

~ Hindari maksiat, sebab menurut pengalaman Sufyan Ats-Tsauri, “Aku sulit sekali melakukan qiyamullail selama 5 bulan disebabkan satu dosa yang aku lakukan.”

~ Ketahuilah fadhilah (keutamaan) dan keistimewaan qiyamulail. Dengan begitu kita termotivasi untuk melaksanakannya.

~ Tumbuhkan perasaan sangat ingin bermunajat dengan Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

~ Baik juga jika janjian dengan beberapa teman untuk saling membangunkan dengan miscall melalui telepon atau handphone.

~ Buat kesepakatan dengan istri dan anak-anak bahwa keluarga punya program tahajud bersama sekali atau dua malam dalam sepekan.

~ Berdoalah kepada Allah swt. untuk dipermudah dalam beribadah kepadaNya.

Thursday, March 29, 2012

tiada bendera putih..

mungkin ain agak hairan apa yang terjadi.., betul sye dengan dia dah hampir 4 tahun bersama.., kami dah pun bertunang secara syarak.., dimana dia setuju untuk jadi isteri saya..,

di sini saya mula cerita.. buat pengalaman bagi ain.., ini apa yg terjadi di sisi saya.., sebab bukan semua perkara yang dirancang baik.., boleh berjalan dengan baik.., segala2 nya berlaku dengan ketentuan tuhan..

saye berkenalan dengan dia bukan berkenalan biasa.., yang pertama saya buat dekati keluarganya..,alhamdulillah.., keluarga nya terima.., selama perkenalan kami.., sekali pun tak pernah saya menyentuh dia dengan sengaja..,

setelah pertunangan secara syarak sya lakukan.., dan sudah pun dia hebah pada keluarganya.., dalam erti kata lain keluarga sudah tahu kami bersejalan untuk menjadi suami dan isteri..,

tapi..., ketentuan tuhan.. akhirnya kami bepisah juga.., bukan dengan cara yang baik.., sebab.., terjadi ingkar serasi.., antara kami.., saya masih waras.., saya tak memusuhi nya.., malah saya masih ingin berkawan dengan nya.., sejak kejadian.., kami menjadi kawan biasa semula seperti mana perkenalan kami yang mula2..dulu :-)

dan dido menceritakan perjalanan baru saya.., saye berundur bukan sebab saye mengalah :-)

Monday, February 13, 2012

Tiada Salahnya Merasai Kekurangan Diri..

Seringkali, kita terlalu memikirkan kelemahan dan kekurangan diri terlalu banyak berbanding kelebihan sebenar yang ada pada diri kita sendiri. Allah tidak menjadikan seseorang manusia itu bodoh dan lemah namun manusia diciptakan dengan kemahiran dan kelebihan yang berbeza-beza. Pandangan dan persepsi umum yang menyebabkan interpretasi kelebihan itu lebih kepada orang yang bijak dan cerdik pandai juga indah paras rupanya.

Jika kita merasa diri kita ini serba kekurangan ingatlah, itu hanya dipandangan mata umum. Persepsi umum ianya begitu namun disisi Allah jauh sama sekali berbeza. Asalkan kita memahami konsep penilaian kita disisi Allah bukan disisi manusia. Ya..hakikatnya bila seseorang manusia itu punya kelebihan diri seperti paras rupa, ilmu, kecerdikan dan sebagainya mereka akan mudah disanjung, disenangi oleh mata umum. Tiada salahnya dengan itu semua namun kita yang merasa dunia ini sempit melihat segenap ruang diri hanyalah kekurangan dan kelemahan, ingatlah nilaian kita disisi manusia mungkin begitu mengecewakan namun carilah nilaian kita disisi Allah. Kita yang akan tentukan sejauh mana nilaian kita disisi Nya. Sejauh mana kita letak harga diri kita disisi Allah jauh lebih penting berbanding kehidupan dunia yang adakalanya sangat tidak adil, mendukacita serta mengecewakan.

Jika anda melihat kelemahan itu telah membayangi kehidupan anda cukuplah dan janganlah begitu kerana anda berhak merasai kehidupan yang lebih baik dari tidak menangisi kelemahan itu. Dengan menangisi setiap kelemahan diri itu anda selangkah meninggalkan setiap kelebihan yang sebenarnya ada pada diri anda. Carilah setiap ruang dalam diri yang mana anda lebih baik dari orang lain. Allah ciptakan manusia itu terlalu unik. Belum ada satupun manusia yang wujud dimuka bumi ini serupa identiti.

Apakah maksud semuanya ini?.. Ya, setiap manusia berbeza kelebihan dan kemahiran. Pasti setiap diri kita ada kelebihan kerana ciptaan Allah itu penuh kesempurnaan jika dilihat dari sisi nikmat ciptaan Nya yang tidak termampu untuk dihitung. Carilah butir berlian yang ada dalam diri anda itu yang mana anda masih belum terlihat kehadirannya sedangkan ia wujud!

Sedarkah anda sebelum dan saat kita dilahirkan lagi, kita telah menjadi juara nombor satu. Anda tidak pernah ingat saat dan ketika bersaing mendapatkan benih persenyawaan satu ketika kurang lebih 9 bulan terdahulu sebelum saat kelahiran lagi. Masakan tiada ruang keistimewaan dalam diri anda yang dapat dirungkaikan sedangakan anda telah ditakdirkan untuk menjadi nombor satu dan lahir ke muka bumi ini selaku khalifah yang mampu menggalas setiap amanah yang diberikan.

Jadilah diri kita kerana kita diciptakan unik. Keunikan setiap dari kita sahaja yang berbeza. Tidak salah untuk mencontohi orang lain tetapi jangan sampai ianya memadam kemampuan dan kelebihan diri sendiri. Jika ingin melihat kelebihan yang ada pada orang lain janganlah sampai anda lupa bahawa anda adalah nombor satu. Anda adalah nombor dua jika anda ingin menjadi orang lain, kerana mana mungkin anda dapat menggantikan keunikan anda sendiri dengan keunikan orang lain. Jadilah diri kita sendiri seikhlasnya.

Untuk berjaya anda perlu mencontohi akhlak Rasulullah tetapi anda tidak akan mampu menjadi seperti Rasulullah. Dan kita pun tidak disuruh untuk menjadi Rasulullah tetapi mencontohi Rasulullah. Anda lihatlah bagaimana Rasulullah membahagi-bahagikan tugas sahabat-sahabatnya berdasarkan kelebihan dan kemahiran masing-masing.

Jadi, janganlah terlalu meratapi kelemahan diri, yang bertandang nanti hanyalah kecewa –hampa, duka –lara. Lantas dimana keadilan yang anda berikan pada diri sendiri? Anda merintih kehidupan ini tidak adil namun sudah adil kah anda pada diri sendiri. Mengapa tidak digali segenap ruang kelebihan yang ada pada diri dan ciptakan satu kejayaan. Dimana anda letakkan nilai diri anda, disisi Allah atau disisi manusia itu juga adalah tafsiran kejayaan yang anda ciptakan. Berjayanya anda tidak semestinya dimata umum semata. Anda mungkin kelihatanya tidak semasyhur mana disisi masyarakat namun tidak bermakna anda telah gagal. Mungkin anda lebih berjaya dari mereka kerana tafsiran kejayaan anda adalah nilaian disisi Allah.

Apa yang pasti kelebihan itu tetap ada begitu juga dengan kelemahan didalam diri. Anda tentukan mana yang perlu diberi tumpuan. Kelemahan sememangya boleh diatasi namun mana satu cara yang lebih berkesan samada anda terus tumpukan pada kelebihan diri dan lupakan kelemahan itu atau anda ingin memberi tumpuan pada kelemahan diri. Jika anda adalah seorang yang kuat semangat mungkin anda akan memberi tumpuan dan berusaha untuk menghadapi kelemahan tersebut.

Namun itu bagi mereka yang kuat semangat dan itu adalah kelebihan sebenarnya yang telah digunakan untuk mengatasi kelemahan diri. Namun bagi mereka yang merasakan kelemahan itu sesuatu yang sukar untuk diperbaiki anda tumpukanlah kepada kelebihan yang ada pada diri pada jalan kebaikan dan InsyaAllah dengan niat serta usaha baik anda itu akan membuahkan hasil kejayaan jika tidak disisi manusia pun yang lebih penting lagi disisi Allah.

Jika keberkatan Allah yang anda cari, memang itulah yang anda akan dapat. Dan anda tidak akan terlalu kecewa atau pun bersedih hati kerana tafsiran kejayaan anda hanya disisi Allah, hanya DIa yang lebih tahu maka hanya kasih sayang Allah yang anda damba kan mengatasi kasih sayang sesama manusia. Jika anda rasa kasih sayang sesama manusia itu begitu indah anda boleh bayangkan kasih sayang Allah itu nun jauh lebih indah lagi kerna manusia hanyalah makhluk ciptaan Nya.

Wallahualam...

Sunday, February 12, 2012

Lihat.., Baca dan Rasakan....

cuba TENGOK foto ni... TOPIK nya

~ Al-Quran, Sains, dan ISLAM..,



Gambar pertama adalah sebuah magnet dalam bentuk kiub dengan SERBUK BESI yang berselerak di SEKELILINGNYA. Medan magnet menyebabkan SERBUK BESI untuk mengatur diri mereka ke dalam corak itu.

GAMBAR KEDUA ADALAH KAABAH..

ALLAH SWT BERFIRMAN MAKSUDNYA :
...

"Kami akan memperlihatkan kepada mereka ayat-ayat Kami di alam semesta, dan dalam diri mereka sendiri, sehingga ternyata jelas kepada mereka bahawa ini (Al-Quran) adalah kebenaran. Adakah ia tidak mencukupi berkenaan kepada Tuhan kamu bahawa Dia adalah Saksi atas tiap-tiap sesuatu ? "- [41:53]

ALLAHU AKBAR!!.. DENGAN TIAP KEJADIAN YANG PENUH RAHSIA ALLAH..


masih ka ANDA tidak mahu mengaku KEIMANAN?.., ucaplah
Subhanallah, Alhamdulillah, Lailaha'illallah, AllahuAkbar


sumber foto dr : ma'ar rahman

9 Mimpi Nabi Muhammad SAW

Daripada Abdul Rahman Bin Samurah ra berkata, Nabi Muhammad saw bersabda:

"Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi-mimpi yang menakjubkan pada malam aku sebelum di Israqkan........"

1. Aku telah melihat seorang dari umatku telah di datang oleh malaikatul maut dengan keadaan yg amat mengerunkan untuk mengambil nyawanya,maka malaikat itu terhalang perbuatannya itu disebabkan oleh KETAATAN DAN KEPATUHANNYA KEPADA KEDUA IBUBAPANYA.

2. Aku melihat seorang dari umatku telah disediakan azab kubur yang amat menyiksakan, diselamatkan oleh berkat WUDUKNYA YANG SEMPURNA.

3. Aku melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh syaitan-syaitan dan iblis-iblis lakhnatullah, maka ia diselamatkan dengan berkat ZIKIRNYA YANG TULUS IKHLAS kepada Allah.

4. Aku melihat bagaimana umatku diseret dengan rantai yang diperbuat daripada api neraka jahanam yang dimasukkan dari mulut dan dikeluarkan rantai tersebut ke duburnya oleh malaikut Ahzab,tetapi SOLATNYA YANG KHUSUK DAN TIDAK MENUNJUK-NUNJUK telah melepaskannya dari seksaan itu.

5. Aku melihat umatku ditimpa dahaga yang amat berat, setiap kali dia mendatangi satu telaga di halang dari meminumnya,ketika itu datanglah pahala PUASANYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT memberi minum hingga ia merasa puas.

6. Aku melihat umatku cuba untuk mendekati kumpulan para nabi yang sedang duduk berkumpulan-kumpulan, setiap kali dia datang dia akan diusir, maka menjelmalah MANDI JUNUB DENGAN RUKUN YANG SEMPURNANYA sambil ke kumpulanku seraya duduk disebelahku.

7. Aku melihat seorang dari umatku berada di dalam keadan gelap gelita di sekelilingnya, sedangkan dia sendiri di dalam keadaan binggung, maka datanglah pahala HAJI DAN UMRAHNYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT lalu mengeluarkannya dari kegelapan kepada tempat yang terang-benderang.

8. Aku melihat umatku cuba berbicara dengan golongan orang mukmin tetapi mereka tidak pun membalas bicaranya,maka menjelmalah SIFAT SILATURRAHIMNYA DAN TIDAK SUKA BERMUSUH-MUSUHAN SESAMA UMATKU lalu menyeru kepada mereka agar menyambut bicaranya,lalu berbicara mereka dengannya.

9. Aku melihat umatku sedang menepis-nepis percikan api ke mukanya, maka segeralah menjelma pahala SEDEKAHNYA YANG IKHLAS KERANA ALLAH SWT lalu menabir muka dan kepalanya dari bahaya api tersebut.


BERSABDA RASULULLAH SAW: "SAMPAIKANLAH PESANANKU KEPADA UMATKU
YANG LAIN WALAUPUN DENGAN SEPOTONG AYAT"

Kredit to : Mohamad Asyraff
seperti yg di edit oleh : M.Azwan Niza

kasi la sikit......

tadi menonton astro TV.., ade program CUBAAN.., yg di hos kan oleh utz akhil hayy.
berkenaan cubaan kepada UMUM.,, tentang pengemis yg meminta SEDEKAH..
terus nak bercerita tentang sedekah.. jadi aku pun nk tulis tentang SEDEKAH....

Kebiasaan BERSEDEKAH... adalah sikap yang mulia.
bagi yang berharta dengan HARTA atau dengan BAHASA (pengajaran@Ilmu)
yang paling murah.., SENYUM juga sedekah...

bersedekah adalah untuk berbagi rasa dan rasa peduli terhadap sesama manusia
juga sebagai pendekat.., si MISKIN dan si KAYA, yang menjalinkan persekitaran yang mesra
antara manusia...

takkan susah juka bersedekah.. malah harta nya pastikan berlimpah-limpah,
selain bermanfaat kepada pemberinya.., dan di penuhi BERKAT.. dan di jauhkan dari BENCANA..

harta yang kita simpan di dunia pasti kan kita tinggalkan bila tiba saat kematian..
TAPI.., harta yang kekal kita bawa adalah HARTA yang di IMFAK kan.. itulah harta bekalan untuk hari kemudian...

bersedekah LAH..,

Tuesday, January 31, 2012

biar kan aku ber TERIAK...!!!

jiwa ku diam, terasa kelam.. biar ku hanyut dan tenggelam
tersiksa aku dengan dendam yang ku simpan di dalam hatiku yang terus ku pendam
tak kuasa diri, biarlah MATI, terjerat diantara AKAL dan AMBISI
biarlah hari tinggal lah sepi lalu PERGI..!!!

ku hembus mendalam kuredam suram yang tak terpadam kan
BELAH jiwaku,, bebas kan aku dari cengkaman MAUT mu.,
ku menarik nafas ku tuk meredakan LUKA ku, ambil lah SEMUA yang kau mahu..!!!
salah kan lah aku.., hempaskan semuanya ITU pada ku.

tolong lah LEPAS kan aku dari..

BARA, DUGA, DURJA, JIWA, NYAWA.., dan SEMUA..!!!


Sunday, January 22, 2012

Ikea dan cik hajah sitt al-wuzara..

tiba2 sepetang isnin tahun baru cina 2012 ni.., nk keluar tampa tujuan.., boring rse nye dr pagi bngun tidur .. bce surat kabar, abis bca paper.., online.., bosan jugak.., bace novel.., bosan jugak..,
online balik. pun bosan.., sambung tidur.., pun bosan jugak.., kosong je rasa nye.., terpegang beg duit.., terbukak untuk mengenal pasti jumlah isi.., ternyata masih ada not2 ringgit..,
otak menerawang.., dompet masih ber'wang' kemana kertas nipis ni nak di layang.., HA..

teringat aku pada produk sweeden.., ye IKEA.., jalan2 la , lagipun masarakat cina hari pertama dan kedua ni..,, tak keluar rumah sangat.., jalan pun tak jem.., dan orng pun mungkin lengang sikit..,
bole selesa sikit nk survey2 barang... bak kata peniaga..,

tak beli tak apa.., tak beli tengok SAJA..

ha3.., bermula dengan jalan tanpa tujuan..., nak ronda2, cuti la name nye.., HEPI2 skit..,
bukan selalu dapat cuti.., ikea dah jadi topik jadi mne datang nye hajah sitt al-wuzara?

cerita dia macam ni.., setelah hampir 2 tahun tak jejak kaki ke dalam ikea sejak ramadhan 2010 lagi, sebab memang takde benda nak beli.., dan takde tujuan nak ke sana untuk apa2.., jadi..,terindu pulak nak ke sana(ikea) ni.., sebab tertonton video



datang nye nme makcik hajjah sitt al wuzara ni.., sebab.., dia pernah buat posting di blog nya tentang IKEA meatball mengandungi daging babi.., APE..!! BABI?
ye ade babi kata hajah shit tu.., sampai gempar satu malaya tentang status halal tersebut.., dan hajah shit tu dikatakan telahpun terdakwa, kne tangkap la kate orang media..,lantak lah dia, mampus pun takpe..,

setelah penelitian dilaku kan oleh pihak JAKIM.., maka status bebola daging tersebut ternyata halal..., bukan ape.., sebab sebelum tu mmg dah banyak dah aku pulun meatball kat situ(ikea)

HA.., tu je.., sebab bila mana aku melangkah ke ikea.., naik ke market hall nye.., selepas naik eskelator.., ade simpang ke kiri, ke foodcourd la tu.., terintai2 aku ke ruangan tu.., melihat berduyun2 orang melayu ke dewan makan .., ada pasangan bercinta.., ada keluarga2 besar.., one happy family kate kan.., dan tak kurang juga terdapat banyak orang yg berkopiah.., mungkin mereka tu berstatus "HAJI" .., dan mungkin tidak.., dan di situ aku tersenyum kecil.., pak aji2 dan lebai2 ni tau ke tak kes hajah sitt ni dan status halal makanan di IKEA ni dulu pernah gempar..,

bagi aku sendiri.., walaupun IKEA food courd dan makanan mereka adalah halal.., masih juga ade perasaan was2.., TAKUT jugak la.., benda buat makan BEB, jadi darah daging..,

jadi kesimpulan nye.., sebenarnya aku gembira melihat mereka beriadah bersama keluarga, dan pasangan masing2 samada bertujuan berbelanja atau makan2 di IKEA nih.. terdapat aliran perasaan kasih sayang antara sesama manusia.., maka aku pun sedari rumah terhidu not ringgit aku yg tak seberapa mencari hiburan di ikea... dan berbelanja.., IKEA dan hajah shit menjadi kenangan yang tak aku lupa..,

Sunday, January 15, 2012

Tholama Asyku Gharomi

طالما اشكو غرامى يا نور الوجود

وانادى يا تهامى يا معدن الجود

منيتى اقصى مرامى احظى بالشهود

وارى باب السلام يا زاكى الجدود


يا طراز الكون انى عاشق مستهام

مغرم والمدح فنى يا بدر التمام


اصرف اعراضا عنّي اصناني الغرام

فيك قد احسنت ظنّي يا سامى العهود


يا سراج الأنبياء يا عالي الجناب

يا إمام الأتقياء إن قلبي زاب


وعليك الله صلى ربى ذو الجلال

يكفى يا نور الاهلة ان هجرى طال

Thursday, January 12, 2012

berdiri sendiri...

luka itu memang terlalu berat untuk mu.., tapi itu harus kerna itu hukuman untuk mu..
terlalu keras untuk kau hadapi untuk penyelesaian, dan memang tak seperti keinginan dan harapan yang slalu KAU....

impikan , kau ingin kan, kau khayal kan dan kau bayang kan dulu..,

harus kau SEDARI itu..!!!

seharus nya bukan lah penyesalan yang kau rasakan saat ini kerana kau lah yang mengingin kan aku pergi.. cubalah hadapi semua nya ini SENDIRI...

dan.., ternyata keyakinan tak cukup mampu untuk MELAWAN perasaan..,
kini kau hanya MAWAR HITAM yang kerinduan.. tangisi setiap malam dengan kerinduan
sedih ku mengenang kan ratapan hidup mu, berkembang dengan haruman KEPEDIHAN..

LANGIT tetap sahaja kelam hitam, meski air mata darah kau curah kan.. meratapi nasib diri bukan lah jalan yang terbaik.. untuk tetap BERDIRI...

PENYESALAN....?

memang sesuatu yang menakut kan .., tapi itu KENYATAAN...!!!




elemen 4 (unsur-unsur yang empat)

Apa itu elemen yang empat?
apa itu empat di dalam dan empat yang di luar?
Apa itu unsur-unsur yang empat?..., satu 'kata' beza sebutan nya...............

bukan senang mendidik diri memahami apa ERTI diri..
menelusuri hakikat CINTA yang HAkiki

  • 1, HIDUP 2,MATI, 3,JODOH 4, REZEKI
  • 1, LANGKAH 2, REZEKI 3, PERTEMUAN 4, MAUT
  • 1, API, 2, AIR 3, TANAH 4, UDARA

  • 1,JANTUNG 2,HATI 3,PARU-PARU 4, LIMPA

  • 1,MATA, 2, HIDUNG 3,TELINGA 4,MULUT

setiap sesuatu dalam anggota badan kita adalah kalimah - kalimah TUHAN..
semua itu saling berkait antara satu sama lain..., semua nya rahsia TUHAN..
tinggal kita yang memperpanjang AKAL yang diberikan..


Di mana diri? Sendiri yang tahu
Di mana HATI? Al-quran dan Hadis memberitahu...

Wednesday, January 4, 2012

benda betul ni....

LELAKI yang berkahwin atau masih bujang pasti terbabit dalam masalah onani. Malah, masalah ini seakan-akan menjadi perkara biasa kepada golongan lelaki. Selepas terbiasa dengan kelakuan seperti ini, seseorang lelaki itu akan mendapati ia sukar dikawal atau sukar diberhentikan.
Namun, ramai juga tidak tahu tabiat ini boleh membahayakan alat sulit dan mendatangkan penyakit.



Antaranya :

1.Mata menjadi kabur, berair dan sering sakit (dry eyes) sehingga memeningkan kepala
2.IBS atau ‘Irritable Bowel Syndrom’ atau rengsa usus
3.Sukar menelan. Terasa sakit ketika menelan
4.Telinga berdesing dan sakit
5.Muka, tangan dan badan terasa pijar atau panas
6.Kadangkala badan terasa menggeletar (vibrate)
7.Masalah pada saluran kencing

so bagi yg dah addicted sangat tu.., fikir2 kan lah..,

Monday, January 2, 2012

nasihat nenek...

TERINGAT aku pada nasehat nenek..

  • orang hidup harus ada TUJUAN..!!!

tak perlu malu hadapi kenyataan.., jangan lah hidup ini cuma menjadi beban..
ternyata nasihat nenek benar..,
kita ni harus bertujuan dan tak boleh bermalas-malasan dalam menentukan..

dan ternyata.., sesuatu ITU harus di kejar maka matahari pun akan bersinar..

cerita angan ku dengan perempuan..

nak aku lupa kan angan - angan ku yang tinggi melayang..,
cuba menghindar dari kenyataan..
memikr kan hidup yang tak keruan kerana perempuan..
malah bikin bingung saja tampa ada jawapan..,
semua ini hanya mencipta lelah di hati.. jika terus2 begini..

sehingga JENUH ku mencuba, putus asa.., sehingga merasa diri sebenarnya tak ada ERTI...