Monday, May 16, 2011

bujang lapuk..! (pantun kak ju)

oi yang bujang elok lah beristeri
sebelum terlajak tua
apa guna duit dicari
kalau tidur nya seorang juga

kalau lama tak beristeri
bujang lapuk orang panggilkan
kalau nasi dapat dibeli
dingin siapa menyelimut kan

mana pergi berjalan seorang
lihat kawan dah berdua
banyak sangat duit di pinggang
tak ber bini apa guna nya

oi kot lama tak ber bini.., bujang lapuk orang gelarkan..

dek ulah tersangat kedekut
mahu menyendiri selamanya.
dah resah lipas dan nyamuk
bujang lapuk dimana tidur nya

kawan kawan dah berdua
tuan punya badan seorang jua
tah ke nasib bujang merana
duit habis TERINGIN pun tiba...

No comments:

Post a Comment