Wednesday, March 31, 2010

seronok ke 'april fool' tu?

SETIAP kali muncul tarikh 1 April, rakyat negara ini termasuk umat Islam beriya-iya menyambut 'April Fool' dengan menggemparkan sanak saudara dan rakan taulan.

Selain `Hari Valentine' yang sudah sinonim dengan masyarakat Islam negara ini tetapi lebih kepada soal berkasih- sayang, `April Fool' pula menjurus kepada berseloroh.

Bagaimanapun, ada cerita sedih kepada masyarakat Islam di sebalik `April Fool yang perlu dijadikan renungan dan dihentikan sambutannya.

Adalah dipercayai sambutan `April Fool' mula dirayakan ketika kejatuhan Kerajaan Islam di Sepanyol.

Setelah bertapak berkurun-kurun lamanya di Granada, Sepanyol, kerajaan Islam akhirnya runtuh diserang tentera Kristian.

Penduduk Islam di Moors, Sepanyol terpaksa berlindung di dalam rumah untuk menyelamatkan diri.

Tentera Kristian bagaimanapun tidak berpuas hati dan berusaha untuk menghapuskan penganut Islam dari bumi Sepanyol, justeru, mereka membuat helah.

Mereka memaklumkan penduduk Muslim boleh berlayar keluar dari bumi Sepanyol dengan selamat bersama-sama barangan mereka dengan menggunakan kapal di pelabuhan.

Orang Muslimin yang risau sekiranya tawaran itu suatu penipuan pergi ke pelabuhan untuk melihat kapal yang dimaksudkan.

Setelah berpuas hati, mereka membuat persiapan untuk bertolak. Keesokannya (1 April), mereka mengambil semua barangan yang telah dikemaskan lalu menuju ke pelabuhan.

Pada masa itulah pihak Kristian mengambil kesempatan menggeledah dan membakar rumah penduduk Islam.

Penganut Islam juga tidak sempat menaiki kapal kerana semuanya musnah dibakar.

Pihak Kristian kemudian menyerang kaum Muslimin dan membunuh kesemuanya, tidak kira lelaki, perempuan, serta anak kecil. Peristiwa berdarah yang meyedihkan itu kemudiannya diraikan tentera Kristian.

Keraian ini akhirnya dirayakan setiap tahun bukan saja di Sepanyol tetapi juga di seluruh dunia sebagai `April Fool's Day'.

Apa yang pasti setiap kali menjelang 1 April, sesetengah orang Islam begitu taksub dengan budaya `pandang ke Barat' menjadi begitu sibuk sekali dengan kepala mereka penuh dengan senarai mangsa untuk dipermain-mainkan.

Kepala mereka juga ligat merangka bentuk 'penganiayaan' yang bakal dilakukan demi memastikan mereka puas melihat muka mangsa gurauan `April Fool' mereka merah padam kerana dipermain-mainkan.

Bagaimanapun, kadang kala lawak `April Fool' yang dilakukan boleh mencetuskan pergaduhan dan penyesalan yang berpanjangan.

Malah, mengikut e-mel yang diterima penulis, seorang suami yang jahil mengenai agama, telah mengucapkan, "Aku ceraikan kau dengan talak tiga" pada isterinya dengan niat untuk melawak.

Isterinya yang pada mulanya terpinga-pinga terus meraung apabila suami dengan muka selamba kemudiannya mengucapkan `April Fool'.

Selepas itu, giliran suami pula meraung apabila diberitahu talak yang dilafazkan secara bergurau itu sebenarnya sudah pun jatuh dan dikira sah.

Apa yang menyedihkan ialah umat Islam di negara ini mudah mengingati sambutan pelik masyarakat bukan Islam terutama Barat tetapi lupa mengenai hari kebesaran hari di dalam Islam.

Berapa ramaikah antara kita menyedari kita sebenarnya baru memasuki tahun Islam yang baru pada 15 Mac lalu dan Kita kini di tahun berapa **** Hijrah?????

Tuesday, March 30, 2010

kene marah...



08:02 pagi..

ari ni aku dpt tagged foto dr kawan aku..,

foto yang agak dan sangat tidak senang untuk dilihat., oleh sesiapapun

mereka yg m'anut 'islam'.., mula nya aku juga t'ikut perasaan.., nak marah2.,

tapi aku aku tengok dan berfikir di sudut yang lain aku positif kan yg negatif.
lihat foto ini...↓↓↓↓↓





sebagai seorang yang mengaku islam.., siapa lah tak marah bila melihat foto ini..
perasaan nak membunuh pun ada.., tapi itu bagi mereka yg berfikiran 'pendek'

pemikiran yang 'cetek'.., (minta maaf dr aku yg kasar bahasa).


setelah mem'positif kan' minda aku dan daya pemikiran aku.. maka.....


( + - 10:00 pagi)....

aku upload foto ini ke album aku.. di facebook.., untuk melihat reaksi sebahagian dari mereka,

yang telah aku "TAG" kan nama2 yg aku rasa berkenaan dan berkaitan..

sesuai dgn nama "album" yg tersedia [dari mata saya menilai pandangan anda]


lima minit pertama sahaja dah ada yg komentar foto ini.., al-hasil: aku terima komen yang

berbau kemarahan yang amat sangat.. tidak sampai pun 24 jam foto ini di upload.., komentar utk foto itu mencecah ke angka 40..., sungguh 'panas' foto ini.., semua marah2

aku 'KENE MARAH' dgn mereka yg tak berpuas hati...


aku faham dengan mereka.., sebab mula nya aku pun begitu.., marah2.., jadi aku terima setiap kritikan dari mereka bertujuan 'membina' sebab dr komentar itu aku boleh menilai mereka..


JADI....


apakah di mata aku sendiri.., tentang foto ini?... dan kenapa aku nampak foto ini dari sudut 'positif'..


jawapan nya.....



setelah marah2 aku pun menurun kan tahap kepanasan di hati ni..., aku berfikir.., apa yg aku dapat dengan marah? jawab nye.., tak ada apa2 pun yang aku dapat..

aku berfikir kembali., kenapa foto ini di wujud kan? apakah untuk menyakiti hati umat islam?

ya benar..!!!

inilah yang dikata kan "PROPAGANDA" dari pihak yg tak bertanggung jawab.., penganut islam umum nya.., foto ini aku jadi kan testimoni tentang masyarakat islam..,

jika 'mereka' sedar.., mereka memarahi aku.., hanya meng upload foto ini...? itulah inti pati niat jahat 'mereka'..,di jadikan senjata umat islam bergaduh sesama sendiri sebab foto yang di'upload se-olah2 menghina umat islam itu sendiri.., dan beranggapan itu tidak perlu...

itu pandangan 'mereka......!!!!! wallah hu alam..


KENAPA AKU NILAI dan pandang dr sudut POSITIF?


aku bermaksud.. bahawa foto ini juga boleh dilaku kan seperti mana 'mereka' memperguna kan nya terhadap kita... aku bermaksud ingin meng ajak teman2 menggunakan foto ini sebagai senjata untuk serang kembali kebiadaban mereka.(yahudi) aku nak mengajak teman2

supaya berjihad 'kecik'

Monday, March 29, 2010

el-padrino de sarleony familia..

{DON AR-TA 2nd don of sarleony family.., MALAYSIA...}
ahah.., aku suka sangat dgn ikon ni.., GODFATHER..!!
kisah hidup tentang MAFIA.., dan kekeluargaan..
love this life..,
"everything did by money'
[i make a deal that they can't refuse]~ el-padrino
tiba2 je ada seorang 'janda' tu post video ni di facebook wall dy..
aku ingat ape.., rupa2 nye kami ada minat yg sama.., trilogy GODFATHER. ha3
respect dengan ini JANDA..,
dya se-olah2 faham dgn jiwa aku yg sentimental N family values type..
thanx kak mala..




Friday, March 26, 2010

merepek merapu meraban..

semenjak dua menjak ni aku banyak tulis yg ngarut je..
semua pasal cinta
tah ape pasal tah
mungkin dek telampau sayang,
tersangat ridu,
dan terlalu cinta kot.., tah.
FAJAR...!!!!
move..!! move..!! move..!!
yeah rite..
tak boleh selalu macam ni.., rosak minda.. he3

Thursday, March 25, 2010

ini lah negara islam..,

negara yg btul2 amal islam dlm perlembgaan negara nya..,

di asia ini.., cuma 1 negara ii yg m'amal kn nya.., cuba baca :

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/BruneilebihtakutlaknatAllah/Article

Sunday, March 14, 2010

doa mintak "jodoh"

Ya Tuhan,

kalau dia memang jodohku,jodohkanlah...
Tapi kalau bukan jodohku,Jodohkanlah jugak...
Jika dia tidak berjodoh denganku,maka jadikanlah kami jodoh...
Kalau dia bukan jodohku,jangan sampai dia dapat jodoh yang lain, selain aku...
Kalau dia tidak bisa di jodohkan denganku,
jangan sampai dia dapat jodoh yang lain,
biarkan dia tidak berjodoh sama seperti diriku...
Dan saat dia telah tidak memiliki jodoh,
Jodohkanlah kami kembali...
Kalau dia jodoh orang lain,putuskanlah!
Jodohkanlah dengan ku...
Jika dia tetap menjadi jodoh orang lain,
biar orang itu ketemu jodoh dengan yang lain dulu
dan kemudian jodohkan kembali dia dengan ku

...Amin....

*dipetik dari &*%$^*.blogspot.com (doa aku tuk dia)

Sunday, March 7, 2010

kau yang test market..!!

SBB BILEW KAU TAHU RAMAI LELAKI YG DOK TERGILA-GILAKAN KAT KAU N KAU HANYA JUST PILIH JEW YG MANEW SATU MACAM PILIH BAJU YG NAK DIPAKAI TAPI KAU TAK SEDAR TERDAPAT SATU BAJU YG SELALU INGIN MENGUNDUR DIRI DARI ALMARI ENGKAU WALAUPON ITU ADALAH PILIHAN BAJU YG TERBAEK..MAYB!

Monday, March 1, 2010