Friday, August 27, 2010

key of kindom of heaven......,

pasti anda semua (rakan2) masih ingat video ini kan?

yang terjadi di bulan ramadhan..., seperti yang disampai kan oleh penceramah nya..,
dengan tegas sekali..,penuh yakin.., saya juga mengikuti KHUTBAH ini seperti kalian juga..



ketegasan nya tentang "kunci syurga" ketika mendangar nya saya MENITIS kan air mata akan kebesaran ilahi.., bahawa kita semua yang....

~mengaku dengan LIDAH
~dan membenar kan nya dengan HATI...

bahawa kunci syurga itu milik kita.., yang sering kita ucap kan..
ALLAHUAKBAR..!!!

di sini sya bukan melemah kan mahu pun menidak kan khutbah penceramah ini..
bagi saya inilah kebesaran islam.., kerana penceritaan ini ada persamaan dengan cerita yang saya pelajari..,kerana orang islam.., yang dimaksud kan menyerang bapak paderi(father) hanya dengan satu pertanyaan.., setelah ditanya soalan yang banyak dari father tersebut..

~ apakah KUNCI syurga? @ key of kindom of heaven..(crossed keys)

~ dan apakah soalan2 yang di ajukan kepada orang islam itu?..
ada orang yang tahu akan soalan2 itu.., dan ada yang tidak tahu..
tapi kejadian ini ajar kita pelajari.., apakah soalan-soalan penting itu.., yang mana di akhirnya.., akan menjadi KUNCI SYURGA

crossed keys @ kunci2 syurga

crossed keys(meaning behind the key)@ the keys og kindom of heaven..
seperti yang nabi isa a.s (al-masih) @yesus kristus, maksudkan dalam pengajaran nya


CROSSED KEY's.., saya ada menyebut akan perkataan ini dalam penulisan sebelum nya..

apakah crossed key itu.., dan mengapa para pembesar-pembesar yang berada di peringkat tertinggi dalam agama kristian amat takut dengan nya.., ada apa dengan kunci ini? terutama nya dari gereja ST.PETER @ hawariyun..!!! dari VATIKAN..

hawariyun @st.peter dalam Al-Quran :
-Surah Ali Imran 3:52
-Al-Maidah 5:111
St. Peter (St.adalah kependekan dari kata Saint yang berasal dari kata Santos iaitu orang suci dalam bahasa Latin) berada bersama-sama para sahabat Nabi Isa a.s yang lain di dalam situasi yang disebutkan dalam AlQuran

ini dia kunci itu yang di abadikan dengan lambang/lencana bagi orang kristian katolik..

inilah dia kunci itu..



[The arms show the crossed keys of St. Peter, the gatekeeper of Heaven. Vatican city is the seat of the Bishop of Rome, the Pope, the successor of St. Peter, the first bishop. The tiara, or papal crown, is the typical symbol of the Popes as head of the Catholic church.]

Lambang di atas adalah tanda kebesaran dan lencana bagi Paus Vatikan sebagai Ketua Kristian aliran Katolik dan pemerintah negara Vatikan.Ia terdiri daripada tiga mahkota kecil yang disebut 'Triple Tiara',salib emas di atasnya dan 'Crossed Key' iaitu lambang dua kunci bersilang;satu berwarna emas dan satu berwarna perak.Ini adalah lambang kemegahan rasmi bagi siapa yang menduduki kerusi Paus Vatikan.Bagi penganut Kristian yang dungu dan tidak mahu mengkaji,tiada apa-apa yang istimewa dari lencana Paus ini, tapi bagi orang orang besar kristian..di peringkat tertinggi,lambang ini mengandungi rahsia yang amat berbahaya dan perlu dijaga.Rahsia yang amat terpendam beribu tahun.Rahsia yang hanya dapat dibaca dalam manuskrip-manuskrip asli dan kuno berasal dari catatan-catatan para pengikut awal Hawariyyun (The Twelve Apostles) yang berkelana keluar dari Galilee,Antokiah (Antioch) dan kawasan-kawasan sekitar Palestin ke arah Eropah dan Afrika.Manuskrip-manuskrip ini ada yang dibakar dan rahsia yang terkandung di dalamnya disenyapkan oleh para Paderi beribu-ribu tahun,namun demikian ada di antara mereka yang dibukakan hatinya oleh Tuhan untuk menyebarkan rahsia ini dari mulut ke mulut,menulisnya dalam tulisan-tulisan,melakarkannya dalam lukisan-lukisan,mengukirnya pada ukiran-ukiran;mereka menyembunyikannya dalam kod-kod rahsia,petunjuk-petunjuk dan katakunci-katakunci yang dibuat khusus untuk mereka yang dapat memahaminya.

Apakah rahsia yang amat berbahaya,yang terkandung di dalam lambang Paus ini??
dan mengapa ia dikatakan kunci syurga..!!!???

Dua Rahsia Sulit Terbesar: Dua Kunci Rahsia


Crossed Key di dalam lencana Paus adalah perlambangan kepada KUNCI-KUNCI KERAJAAN TUHAN 'KINGDOM OF HEAVEN' yang disebut oleh Nabi Isa a.s kepada sahabatnya itu (Peter).


"And I will give unto thee the keys of the Kingdom of Heaven. And whatsoever thou shalt bind on earth shall be bound in Heaven, and whatsoever thou shalt loose on earth shall be loosed in Heaven."

-Matthew 16:18-19 (21st Century King James Version)


"Kepadamu akan Kuberikan kunci Kerajaan Syurga. Apa yang kau ikat di dunia ini akan terikat di syurga dan apa yang kau lepaskan di dunia ini akan terlepas di syurga."

Katakunci di sini adalah KINGDOM OF HEAVEN.Ini adalah kod rahsia yang disembunyikan di dalam The Crossed Key.

Apakah dia kunci untuk membuka Kingdom of Heaven itu?Adakah Jesus (Isa a.s) telah membukakan rahsianya kepada Peter?Apakah kunci Syurga itu?

Ini adalah persoalan.., sehingga ia dijadikan lambang dalam lencana kebesaran Paus.Amat penting sehingga ramai paderi diracun dan para Biskup dan Kardinal diugut.Rahsia yang amat penting sehingga beribu-ribu orang mati dan cedera dan banyak peperangan yang sia-sia dilancarkan kerana DUA KUNCI RAHSIA BERSILANG INI.Apakah rahsia yang disebut oleh Nabi Isa a.s kepada Peter??

Mengapa kunci-kunci syurga tidak tertulis di dalam Bible?

APAKAH DIA KUNCI-KUNCI SYURGA ITU???
ikuti satu kisah benar yang terjadi di antara seorang pemuda Muslim dan seorang paderi Katolik.Kisah ini menyimpan banyak rahsia besar.Rahsia yang menyingkap apakah silibus yang diajar kepada setiap paderi Katolik di Vatikan.Dan apakah fungsi AlQuran di dalam altar khas di Perpustakaan Vatikan.

soalan-soalan yang di ajukan tentang kunci syurga..,

ikuti kisah ini...

Paderi & Kunci Syurga


Seorang pemuda yang dikejutkan oleh mimpinya supaya pergi ke gereja Samaan. Tiga kali mimpinya itu berulang. Lalu ia bersiap sedia dengan pakaian dan cara yang diberitahu dalam mimpinya.
Ia masuk ke gereja Samaan tanpa disedari oleh Paderi-paderi yang hadir. Dia sama-sama menanti kedatangan ketua Paderi. Setelah ketua Paderi datang, ketua Paderi itu tidak dapat berucap. Dia tahu ada orang lain, orang Islam di dalam gereja itu. Katanya, " ada orang yang percaya kepada Syariat Muhammad di dalam gereja ini."
Semua paderi menjadi gempar dan mereka mahu orang itu di bunuh. Namun ketua paderi menghalang, sebaliknya ketua paderi meminta orang itu bangun supaya mereka dapat mengenalinya.Sebaliknya pemuda itu pun bangun, tanpa rasa takut.

~soalan dari father(bapak paderi)~
Paderi berkata, "Aku akan mengajukan kepada anda 22 pertanyaan Dan anda harus menjawabnya dengan tepat. "
Si pemuda tersenyum Dan berkata, "Silakan!"

Sang paderi pun mulai bertanya, "Sebutkan satu yang tiada duanya, dua yang tiada tiganya, tiga yang tiada empatnya, empat yang tiada limanya, lima yang tiada enamnya, enam yang tiada tujuhnya, tujuh yang tiada lapannya, lapan yang tiada sembilannya, sembilan yang tiada sepuluhnya, sesuatu yang tidak lebih dari sepuluh, sebelas yang tiada dua belasnya, dua belas yang tiada tiga belasnya, tiga belas yang tiada empat belasnya."

"Sebutkan sesuatu yang dapat bernafas namun tidak mempunyai ruh! Apa yang dimaksud dengan kuburan berjalan membawa isinya? Siapakah yang berdusta namun masuk ke dalam syurga? Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah namun Dia tidak menyukainya? Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah dengan tanpa ayah Dan ibu!"

"Siapakah yang tercipta dari api,siapakah yang diazab dengan api Dan siapakah yang terpelihara dari api? Siapakah yang tercipta dari batu, siapakah yang diazab dengan batu Dan siapakah yang terpelihara dari batu?"

"Sebutkan sesuatu yang diciptakanAllah Dan dianggap besar! Pohon apakah yang mempunyai 12 ranting, setiap ranting mempunyai 30 daun, setiap daun mempunyai 5 buah, 3 di bawah naungan Dan dua di bawah sinaran matahari?"

~jawapan pada soalan~ PERHATIAN tumpukan japan yang diberikan.., jika anda memahaminya pasti akan menitis kan air mata., kerana anda membenarkan nya dengan hati.
Mendengar pertanyaan tersebut, pemudaitu tersenyum dengan keyakinan kepada Allah.
Setelah membaca Bismillah dia berkata,

-Satu yang tiada duanya ialah Allah s.w.t..

-Dua yang tiada tiganya ialah Malam dan Siang. Allah s.w.t. Berfirman, "Dan Kami jadikan malam Dan siang sebagai dua tanda (kebesaran kami)." (Al-Isra': 12).

-Tiga yang tiada empatnya adalah kesilapan yang dilakukan Nabi Musa ketika Khidir menenggelamkan sampan, membunuh seorang anak kecil Dan ketika menegakkan kembali dinding yang hampir roboh.

-Empat yang tiada limanya adalah Taurat,Injil, Zabur Dan al-Qur'an.

- Lima yang tiada enamnya ialah Solatlima waktu.

-Enam yang tiada tujuhnya ialah jumlahHari ketika Allah s.w.t. Menciptakan makhluk.

-Tujuh yang tiada delapannya ialah Langit yang tujuh lapis. Allah s.w.t. Berfirman, "Yang telah menciptakan tujuh langit berlapis-lapis. Kamu sekali-kali tidak melihat pada ciptaan Rabb Yang Maha Pemurah sesuatu yang tidak seimbang." (Al-Mulk: 3).

-lapan yang tiada sembilannya ialah Malaikat pemikul Arsy AR-Rahman. Allah s.w.t. Berfirman, "Dan malaikat-malaikat berada di penjuru-penjuru langit. Dan pada Hari itu lapan orang malaikat men-junjung 'Arsy Rabbmu di atas (kepala) mereka." (Al-Haqah: 17).

-Sembilan yang tiada sepuluhnya adalah mu'jizat yang diberikan kepada Nabi Musa yaitu: tongkat, tangan yang bercahaya, angin taufan, musim kemarau kelaparan, katak, darah, kutu Dan belalang.*

-Sesuatu yang tidak lebih dari sepuluh ialah Kebaikan. Allah s.w.t. Berfirman, "Barang siapa yang berbuat kebaikan maka untuknya sepuluh kali lipat." (Al-An'am: 160).

-Sebelas yang tiada dua belasnya ialah jumlah Saudara-Saudara Nabi Yusuf .

-Dua belas yang tiada tiga belasnya ialah Mu'jizat Nabi Musa yang terdapat dalam firman Allah,
"Dan (ingatlah) ketika Musa memohon air untuk kaumnya, lalu Kami berfirman, 'Pukullah batu itu dengan tongkatmu.' Lalu memancarlah daripadanya dua belas Mata air." (Al-Baqarah: 60).

-Tiga belas yang tiada empat belasnya ialah jumlah Saudara Nabi Yusuf ditambah dengan ayah Dan ibunya.

-Adapun sesuatu yang bernafas namun tidak mempunyai ruh adalah waktu Subuh. Allah s.w.t. ber-firman, "Dan waktu subuh apabila fajarnya mulai menyingsing. " (At-Takwir: 18).

-Kuburan yang membawa isinya adalah Ikan yang menelan Nabi Yunus AS.

-Mereka yang berdusta namun masuk kedalam surga adalah saudara-saudara Nabi Yusuf , yakni ketika mereka berkata kepada ayahnya, "Wahai ayah kami, sesungguhnya kami pergi berlumba-lumba dan kami tinggalkan Yusuf di dekat barang-barangkami, lalu dia dimakan serigala. " Setelah kedustaan terungkap,Yusuf berkata kepada mereka, " tak ada cercaan terhadap kamu semua." Dan ayah mereka Ya'qub berkata, "Aku akan memohonkan ampun bagi muka pada Rabbku. Sesungguhnya Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang ." (Yusuf:98)

-Sesuatu yang diciptakan Allah namun tidak Dia sukai adalah suara Keldai. Allah s.w.t. berfirman, "Sesungguhnya seburuk-buruk suara adalah suara keldai." (Luqman: 19).

-Makhluk yang diciptakan Allah tanpa bapa dan ibu adalah Nabi Adam, Malaikat, Unta Nabi Shalih dan Kambing Nabi Ibrahim.

-Makhluk yang diciptakan dari api adalah Iblis, yang diazab dengan api ialah Abu Jahal dan yang terpelihara dari api adalah Nabi Ibrahim. Allah s.w.t. berfirman, "Wahai api dinginlah dan selamatkan Ibrahim." (Al-Anbiya': 69).

-Makhluk yang terbuat dari batu adalah Unta Nabi Shalih, yang diazab dengan batu adalah tentara bergajah dan yang terpelihara dari batu adalah Ashabul Kahfi (penghuni gua).

-Sesuatu yang diciptakan Allah dan dianggap perkara besar adalah Tipu Daya wanita, sebagaimana firman Allah s.w.t.? "Sesungguhnya tipu daya kaum wanita itu sangatlah besar." (Yusuf: 28).

-Adapun pohon yang memiliki 12 ranting setiap ranting mempunyai 30 daun, setiap daun mempunyai 5 buah, 3 di bawah teduhan dan dua di bawah sinaran matahari maknanya: Pohon adalah Tahun, Ranting adalah Bulan, Daun adalah Hari dan Buahnya adalah Solat yang lima waktu, Tiga dikerjakan di malam hari dan Dua di siang hari.


Paderi dan para hadirin merasa takjub mendengar jawapan pemuda Muslim tersebut. Kemudian dia pun mula hendak pergi. Namun dia mengurungkan niatnya dan meminta kepada paderi agar menjawab satu pertanyaan saja. Permintaan ini disetujui oleh paderi.

Pemuda ini berkata, "Apakah kunci syurga itu?"

mendengar pertanyaan itu lidah paderi menjadi kelu, hatinya diselimuti keraguan dan rupa wajahnya pun berubah. Dia berusaha menyembunyikan kebimbangannya, namun tidak berhasil. Orang-orang yang hadir di gereja itu terus mendesaknya agar menjawab pertanyaan tersebut, namun dia cuba mengelak.

Mereka berkata, "Anda telah melontarkan 22 pertanyaan kepadanya dan semuanya dia jawab, sementara dia hanya memberi cuma satu pertanyaan namun anda tidak mampu menjawabnya! "

Paderi tersebut berkata, "Sesungguh aku tahu jawapannya, namun aku takut kalian marah."

Mereka menjawab, "Kami akan jamin keselamatan anda. "

Paderi pun berkata, "Jawapannya ialah: Asyhadu An La Ilaha Illallah Wa Wa Asyhadu Anna Muhammadar Rasulullah. "

Lantas paderi dan orang-orang yang hadir di gereja itu terus memeluk agama Islam. Sungguh Allah telah menganugerahkan kebaikan dan menjaga mereka dengan Islam melalui tangan seorang pemuda Muslim yang bertakwa.

(Di petik dan disusun dari Mausu'ah al-Qishash al-Waqi'ah
nota:cerita sebenar diyakini dari pengalaman seorang tokoh Sufi Islam Abu Yazid Al-Busthami,terdapat versi lain yang mengandungi 50 soalan paderi Kristian tersebut)

kunci syurga milik kita ...

Saudara dan saudari sekalian.!

anda telah mengetahui apakah KUNCI-KUNCI SYURGA ITU

'THE KEYS OF KINGDOM OF HEAVEN'...

Rahsia yang diabadikan pada lencana Paus Vatikan dan dibawa ke mana-mana oleh beliau. 
Inilah rahsia yang tersembunyi pada The Crossed Key.

Orang-orang yang sesat di kalangan Kristian langsung tidak tahu rahsia ini,kerana rahsia asal telah dimusnahkan semasa era Paulus dan selepas persidangan Nicea yang menyaksikan kitab Injil diseleweng secara besar-besaran dan sejumlah besar manuskrip-manuskrip asli para pengikut Hawariyyun dibakar atau ditanam.

DUA KUNCI SYURGA YANG SELALU UMAT ISLAM UCAPKAN DI DALAM SOLAT MEREKA.


Miftahul Jannah...inilah dia rahsia yang diucapkan oleh Jesus Christ kepada Peter The Fisherman pada hari yang bertuah itu.Dua baris ayat yang dipadam dengan penuh dengki dan khianat para Yahudi anti-Christian yang tidak dapat menerima kehadiran seorang Rasul penutup para Nabi dari kalangan orang-orang Arab.

Semoga Allah memberkati Peter The Fisherman!,sahabat Nabi Isa,yang memegang THE KEYS OF KINGDOM OF HEAVEN.Salam ke atas Isa a.s,kami menunggu-nunggu dan merindui kedatangan anda sebagaimana kami merindui Rasullullah!!

PEGANG DUA KUNCI INI BAIK-BAIK.
MEREKA MELETAKKAN LAMBANG KUNCI SYURGA PADA PAKAIAN PAUS TETAPI MEREKA TIDAK MEMPUNYAINYA.

KITA MENGETAHUI KUNCI SYURGA DAN MEMPUNYAINYA.JANGAN HILANGKAN IA SEMASA MENGADAP TUHAN DI AKHIRAT NANTI.

MARI KITA BERJANJI PADA TUHAN DAN DIRI SENDIRI...

Kita tidak akan hilangkan kunci...
kita tidak akan hilangkan kunci...

miftahul jannah...

Sedikit rujukan 'Miftahul Jannah' dari sumber Islam:

Muaz bin Jabal Radiallahu-Anhu meriwayatkan bahawa Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud:

“Anak-anak kunci syurga ialah mengakui kalimah La Ilaha Illallah (Riwayat Al-Imam Ahmad)


Rasulullah bersabda :

"Barangsiapa yang pada akhir kalimatnya mengucapkan "La ilaaha illallah" maka ia dimasukkan kedalam surga" (HR. Hakim)

Imam Bukhari rahimahullah meriwayatkan dalam Shahihnya, bahawa seorang pernah bertanya kepada Imam Wahab Ibn Munabbih: “ Bukankah Laa ilaaha illallah itu kunci syurga?”

Wahab menjawab: “ Benar, akan tetapi tidaklah bagi setiap kunci itu melainkan ia mempunyai gigi.Jika engkau membawa kunci yang bergigi, maka pintu syurga akan di bukakan untukmu, jika tidak maka pintu tak akan di bukakan untukmu”

'Gigi' yang dimaksudkan ialah bukan sekadar menyebut kalimah syahadah tetapi memahaminya serta melaksanakan apa yang dimaksudkan darinya.

Dari Jabir bin Abdullah, ia berkata: Aku mendengar Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda: Zikir yang paling mulia ialah La Ilaha Illallah dan doa yang paling baik ialah Alhamdulillah. (Riwayat Al-Imam Ibnu Majah)

Dari Abu Hurairah Radiallahu-Anhu, ia berkata: Bersabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam: “Yang akan mencapai kebahagiaan dan keuntungan melalui syafaatku ialah orang yang mengucapkan kalimah La Ilaha Illallah dengan hati yang ikhlas”. (Riwayat Al-Imam Al-Bukhari)

Dari Zaid bin Arqam Radiallahu-Anhu meriwayatkan bahawa Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda yang maksudnya: “Barangsiapa yang mengucapkan La Ilaha Illallah dengan ikhlas, dia akan dimasukkan ke dalam syurga.” Lalu ditanyakan kepada baginda: “Bagaimanakah yang dimaksudkan dengan ikhlas itu? Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda: “Ikhlas itu ialah yang mencegah dari melakukan perbuatan-perbuatan yang haram”. (Riwayat Al-Imam At-Thabrani)

Dari Umar Radiallahu-Anhu meriwayatkan bahawa beliau mendengar Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: “Aku mengetahui satu kalimah yang tidaklah seorang hamba pun yang mengucapkannya dan membenarkannya dengan hati kemudian ia mati dengannya melainkan haramlah ke atasnya neraka jahanam. Kalimah itu ialah “La Ilaha Illallah”. (Riwayat Al-Imam Al-Hakim)

Dari Ibnu Abbas Radiallahu-Anhuma bahawa Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: “Demi yang diriku ditangannya, jika sekiranya segala langit dan bumi dan siapa yang ada padanya dan apa-apa yang ada di antaranya dan apa-apa yang ada di bawahnya diletakkan disebelah dacing dan kalimah La Ilaha Illallah disebelah yang lain, maka dacing kalimah (La Ilaha Illallah) itulah yang lebih berat”. (Riwayat Al-Imam At-Thabrani)

*Juga diingatkan ketika Nabi Isa a.s berkata kepada Peter,tidaklah baginda bertutur dalam bahasa Arab atau dalam bentuk 100% kalimah syahadah dalam bahasa Arab,tetapi di dalam bahasa Aramaik Kuno yang konsepnya tetap satu iaitu Tiada Tuhan Selain Allah dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah

Dan Nabi Isa sudah tentu maklum tentang kedatangan Nabi Muhammad s.a.w sesudahnya,

Dan (ingatlah) ketika Isa Putera Maryam berkata: "Hai Bani Israel, sesungguhnya aku adalah utusan Allah kepadamu, membenarkan kitab (yang turun) sebelumku, yaitu Taurat dan memberi kabar gembira dengan (datangnya) seorang Rasul yang akan datang sesudahku, yang namanya Ahmad (Muhammad)." Maka tatkala rasul itu datang kepada mereka dengan membawa bukti-bukti yang nyata, mereka berkata: "Ini adalah sihir yang nyata".

(Al-Saff 61:6)

Juga di dalam kisah Nabi Isa:

Telah sekian lamanya Nabi Isa as melakukan perjalanan untuk menjalankan ibadah. Pada suatu saat, dalam perjalanan beliau melihat sebuah gunung yang tinggi. Kemudian beliau mendaki gunung itu. Sesampainya di puncak gunung, nabi Isa as melihat batu besar berwarna putih seperti air susu yang sangat indah. Beliau pun menyaksikan batu itu dari dekat dan mengagumi keindahannya.

Ketika sedang mengamati batu indah itu, Allah swt menurunkan wahyu kepada nabi Isa as: “Wahai Isa, senangkah bila Aku menampakkan kapadamu sesuatu yang menakjubkan bila engkau melihatnya?”

“Ya” jawab Isa.

Tiba-tiba batu itu terbuka dengan sendirinya dan membuat nabi Isa terkejut. Di dalam batu itu terdapat seorang syekh yang sudah tua, di tangannya memegang tongkat biru dan di hadapannya ada anggur yang masih segar. Ketika itu ia sedang melakukan solat.

Dengan hairan nabi Isa bertanya, “Ya syekh! Bagaimana anda dapat hidup di dalam batu ini?”
“Tidakkah anda lihat anggur segar di depan mataku ini? Ini merupakan rezekiku sepanjang hari” sahut syekh itu.
“Sejak bilakah anda beribadah pada Allah di dalam batu ini?” Tanya nabi Isa lagi.
“Sejak empat ratus tahun lalu” jawab syekh.
“Ya Allah. Sungguh aku tak dapat membayangkan bila ada di antara makhlukMu yang lebih mulia dari orang ini.” Kata nabi Isa dengan suara agak halus.

Kemudian Allah mewahyukan lagi kepada nabi Isa: “Sesungguhnya akan datang suatu umat, yaitu umat Muhammad saw. Jika mereka beribadah kepadaKu dengan sungguh-sungguh, maka kedudukan mereka lebih mulia bagiKu daripada orang yang beribadah selama empat ratus tahun ini.”

“Ya Allah, betapa beruntungnya umat Muhammad, dan betapa bahagianya aku jika Engkau jadikan aku umat Muhammad” kata nabi Isa as.
Terdapat banyak lagi sumber-sumber yang menceritakan seperti perkara-perkara di atas dan sememangnya Nabi Isa a.s (Jesus) adalah rasul yang diutuskan Allah s.w.t untuk membawa agama-Nya.Tetapi setelah Nabi Muhammad s.a.w diutuskan,syariat ajaran Nabi Isa a.s dan lain-lain rasul atau nabi (syariat,bukannya akidah atau konsep agama Allah) adalah automatik terbatal (di mana jika kaum Nasrani benar-benar mengikut ajaran Isa a.s/Jesus mereka hendaklah memasuki agama Islam) dan hanya Islamlah sahaja agama yang benar:

Sabda Rasullah s.a.w:

Ertinya: Islam itu tinggi dan tiada yang lebih tinggi darinya. (Riwayat Bukhari)
Firman Allah:

Sesungguhnya agama yang benar dan diredhai di sisi Allah ialah Islam.
(Ali Imran ayat 19)

tulis dan tulis, dan tuliss...,

semenjak dua menjak ni aku dah tak banyak menulis.., macam dah kering idea..
padahal banyak cerita yang nak dicerita.. dari apa yang aku baca dan mempelajarinya..

semenjak dua menjak ini jugalah aku banyak membaca dan mengkaji bacaan berbentuk ilmiah., yang memfokuskan kepada islami.., dan kebesaran dan kesucian islam..

di hari jumaat yang mulia(27.08.10) aku tulias sekali lagi di kertas blog aku ini..

di sepanjang bulan mulia ramadhan ini juga aku telah menelusuri sekali lagi sirah nabi MUHAMMMAD s.a.w,
dan perjuangan bersama sahabat.., setiap aku membuka lembar pembacaan pasti air mata lelaki ku akan menitis.., semakin aku mendalami, semakin aku ketahui aku semakin merasa kan bahawa aku adalah insan yang hina.., kerana melalai kan tentang apa itu islam.., yang mana paksi utama nya adalah islam dan iman...

rukun islam & rukun iman.....

pabila mengakui islam.., aku pasti akan daftar rukun ini.., apakah sempurna islam ku?
apakah aku benar benar muslimin.., apakah aku benar benar MUSLIM..!!!

dimulai dengan rukun islam dan rukun iman itu sendiri..perkara wajib islam

semakin hari semakin rindu..

rindu muhammad - haddad alwi

Thursday, August 12, 2010

ini cerita fajri...

di pagi hari., aku menulis sesuatu di atas kertas
menulis tentang hari-hari ku yang keras, kisah hidup dan CINTA yang pedas,
dengan rasa yang was-was dan pergerakan yang agak terbatas,
kusisip ceritaku di kertas,

tinta yang mengalir dari dalam pena, berirama seperti yang kurasa,
dalam hati ini ingin ku ubah semua, kehidupan MONOLOG yang bertukar
kepada putus asa.,

aku tahu., dunia memang tak seluas daun kelo, akal dan fikiran ku pun tak
selama nya kotor, membuka mata hati ini demi sebuah cita-cita, ingin melangkah pasti, melalui pena dan tinta ku terus berbicara,

dah pun aku tetap kan pilihan, untuk satu kemungkinan,
bagi membentuk satu tujuan, ku terus kan perjalanan..

cerita ini bukan mimpi atau halusinasi..,satu cerita yang kujalani,
dengan satu peluang dan anugerah yang diberi,oleh sang ilahi,
yang akan aku nikmati nya nanti.,

hasil kerja keras ku terbayar TUNAI.., lakonan jati diri dilakoni dengan
BEBAS & PUAS...

Saturday, August 7, 2010

suara hati...

sesungguh nya aku peduli.., seutuh nya aku mengerti.,
tetap harus aku hormati..walau luka tak ter'ubati.,

seandai mereka mengerti., seandainya mereka peduli
aku tak minta dihormati, cuma minta luka itu di'ubati.

banyak orang sekarang buat sesuatu tanpa berfikir-fikir.,
ikut sedap hati yang penting kata nya OK..!!

otak SHUT DOWN macam komputer tiada aliran letrik..,
setiap kata-kata tak di bubuh nya TITIK..,
muka cantik tapi kata lentik.., tak fikir kalau hati orang terjentik.,

katanya INTELEK.., tapi berfikiran CETEK..

semakin lama semakin BOSAN dengan SLOGAN-slogan dan
kata-kata tiada erti dan rasa SEGAN..
semakin jenuh dengan mereka yang berfikiran seluas "PINGGAN"

barcakap bagai badan diri tak berdaulat.., langsung tak terbatas,
seolah orang gila kuasa yang tak ber'ALAS"

aku bukan menuduh atau menghakimi.., apakah kau tahu?
setiap manusia juga punya HATI.. yang pasti akan sakit
jika disakiti.., yang nyata bukan secara MIMPI..

tapi aku sentiasa pandang ke depan.., memandang masa depan itu
dengan CERAH.., kerana dengan "DIA" aku BERSERAH...!!!!

luka itu tahu aku untuk mengubati, cuma jangan hati ini di sakiti lagi....