Friday, August 27, 2010

crossed keys @ kunci2 syurga

crossed keys(meaning behind the key)@ the keys og kindom of heaven..
seperti yang nabi isa a.s (al-masih) @yesus kristus, maksudkan dalam pengajaran nya


CROSSED KEY's.., saya ada menyebut akan perkataan ini dalam penulisan sebelum nya..

apakah crossed key itu.., dan mengapa para pembesar-pembesar yang berada di peringkat tertinggi dalam agama kristian amat takut dengan nya.., ada apa dengan kunci ini? terutama nya dari gereja ST.PETER @ hawariyun..!!! dari VATIKAN..

hawariyun @st.peter dalam Al-Quran :
-Surah Ali Imran 3:52
-Al-Maidah 5:111
St. Peter (St.adalah kependekan dari kata Saint yang berasal dari kata Santos iaitu orang suci dalam bahasa Latin) berada bersama-sama para sahabat Nabi Isa a.s yang lain di dalam situasi yang disebutkan dalam AlQuran

ini dia kunci itu yang di abadikan dengan lambang/lencana bagi orang kristian katolik..

inilah dia kunci itu..



[The arms show the crossed keys of St. Peter, the gatekeeper of Heaven. Vatican city is the seat of the Bishop of Rome, the Pope, the successor of St. Peter, the first bishop. The tiara, or papal crown, is the typical symbol of the Popes as head of the Catholic church.]

Lambang di atas adalah tanda kebesaran dan lencana bagi Paus Vatikan sebagai Ketua Kristian aliran Katolik dan pemerintah negara Vatikan.Ia terdiri daripada tiga mahkota kecil yang disebut 'Triple Tiara',salib emas di atasnya dan 'Crossed Key' iaitu lambang dua kunci bersilang;satu berwarna emas dan satu berwarna perak.Ini adalah lambang kemegahan rasmi bagi siapa yang menduduki kerusi Paus Vatikan.Bagi penganut Kristian yang dungu dan tidak mahu mengkaji,tiada apa-apa yang istimewa dari lencana Paus ini, tapi bagi orang orang besar kristian..di peringkat tertinggi,lambang ini mengandungi rahsia yang amat berbahaya dan perlu dijaga.Rahsia yang amat terpendam beribu tahun.Rahsia yang hanya dapat dibaca dalam manuskrip-manuskrip asli dan kuno berasal dari catatan-catatan para pengikut awal Hawariyyun (The Twelve Apostles) yang berkelana keluar dari Galilee,Antokiah (Antioch) dan kawasan-kawasan sekitar Palestin ke arah Eropah dan Afrika.Manuskrip-manuskrip ini ada yang dibakar dan rahsia yang terkandung di dalamnya disenyapkan oleh para Paderi beribu-ribu tahun,namun demikian ada di antara mereka yang dibukakan hatinya oleh Tuhan untuk menyebarkan rahsia ini dari mulut ke mulut,menulisnya dalam tulisan-tulisan,melakarkannya dalam lukisan-lukisan,mengukirnya pada ukiran-ukiran;mereka menyembunyikannya dalam kod-kod rahsia,petunjuk-petunjuk dan katakunci-katakunci yang dibuat khusus untuk mereka yang dapat memahaminya.

Apakah rahsia yang amat berbahaya,yang terkandung di dalam lambang Paus ini??
dan mengapa ia dikatakan kunci syurga..!!!???

No comments:

Post a Comment