Monday, July 14, 2014

Tujuh "P" Suami Isteri

Tip Tujuh P Suami Isteri

1. PUJI
Setiap pasangan perlu saling memuji antara satu sama lain dalam semua aspek kehidupan seperti masakan atau ucapan terima kasih apabila diberi pertolongan.

2. PELUK
Pasangan suami isteri hendaklah selalu peluk memeluk antara satu sama lain sekerap mungkin pada setiap hari kerana
pelukan itu adalah belaian penuh kasih sayang.

3. PENGHARGAAN
Amalan memberi hadiah boleh menambah kasih sayang.

4. PERHATIAN

Mesti diambil berat kerana kekurangan perhatianboleh mengakibatkan pasangan terasa diabaikan.

5. PERSEFAHAMAN
Memerlukan pasangan lebih bertolak ansur dan memahami kerjaya masing-masing.

6. PERGAULAN
Pasangan suami isteri mesti menjaga pergaulan masing-masing dengan orang lain bagi mengelakkannya daripada melampaui batas, menimbulkan cemburu seterusnya membawa kepada pembabitan orang ketiga.

7. PERCUTIAN
Perlu merancang percutian berdua-duaan dengan pasangannya
di tempat yang jauh daripada kesibukan dan kehidupan rutin.

No comments:

Post a Comment